Kesalahan-Kesalahan Yang Biasa Dilakukan Wanita Ketika Menutup Aurat

>> Sunday, August 22, 2010

Klik pada imej untuk paparan yang lebih jelas

Read more...

Lelaki Kacak Peneman Si Mati

>> Saturday, August 21, 2010

Rasulullah SAW bersabda: ‘Apabila seseorang lelaki itu mati dan saudaranya sibuk dengan pengebumiannya, berdiri lelaki yang betul-betul kacak di bahagian kepalanya. Apabila mayatnya dikapan, lelaki itu berada di antara kain kapan dan si mati.

Selepas pengebumian, semua orang pulang ke rumah, dua malaikat Munkar dan Nakir, datang dalam kubur dan cuba memisahkan lelaki kacak ini supaya mereka boleh menyoal lelaki yang telah meninggal itu seorang diri mengenai ketaatannya kepada Allah.

Tapi lelaki kacak itu berkata, 'dia adalah temanku, dia adalah kawanku. Aku takkan meninggalkannya seorang diri walau apa sekalipun. Jika kamu ditetapkan untuk menyoal, lakukanlah tugasmu. Aku tidak boleh meninggalkannya sehingga aku dapati dia dimasukkan ke dalam Syurga'.

Selepas itu dia berpaling kepada temannya yang meninggal dan berkata, "Aku adalah Al Quran, yang mana kamu membacanya, kadang-kadang dengan suara yang nyaring dan kadang-kadang dengan suara yang perlahan. Jangan bimbang. Selepas soal siasat daripada Munkar dan Nakir, kamu tidak akan bersedih'.

Selepas soal jawab selesai, lelaki kacak mengaturkan untuknya daripada Al Mala’ul A’laa (malaikat dalam Syurga) tempat tidur daripada sutera yang dipenuhi bauan kasturi.

Rasulullah SAW bersabda : 'Di hari pengadilan, di hadapan Allah, tiada syafaat yang lebih baik darjatnya daripada Al Quran, mahupun daripada nabi atau malaikat’. Renung-renungkanlah dan selamat beramal...

Read more...

Peringatan Buat Diri : Khutbah Terakhir Nabi Muhammad SAW

Khutbah ini disampaikan pada 9 hari bulan Zulhijjah, tahun ke-10 Hijriyah di Lembah Uranah, Gunung Arafah. Renung-renung dan hayatilah...


Wahai manusia, dengarlah baik-baik apa yang hendak kukatakan, aku tidak mengetahui apakah aku dapat bertemu lagi dengan kamu semua selepas tahun ini. Oleh itu dengarlah dengan teliti kata-kataku ini dan sampaikanlah ia kepada mereka yang tidak dapat hadir di sini pada hari ini.

Wahai manusia, sepertimana kamu menganggap bulan ini dan kota ini sebagaisuci, maka anggaplah jiwa dan harta setiap orang muslim sebagai amanah suci. Kembalikan harta yang diamanahkan kepada kamu kepada pemiliknya yang berhak. Janganlah kamu sakiti sesiapapun agar orang lain tidak menyakiti kamu lagi. Ingatlah bahawa sesungguhnya, kamu akan menemui Tuhan kamu dan Dia pasti membuat perhitungan diatas segala amalan kamu. Allah telah mengharamkan riba, oleh itu segala urusan yang melibatkan riba dibatalkan sekarang.

Berwaspadalah terhadap syaitan demi keselamatan agama kamu. Dia telah berputus asa untuk menyesatkan kamu dalam perkara-perkara besar, maka berjaga-jagalah supaya kamu tidak mengikuti dalam perkara-perkara kecil.

Wahai Manusia Sebagaimana kamu mempunyai hak keatas isteri kamu mereka juga mempunyai hak keatas kamu. Sekiranya mereka menyempurnakan hak mereka keatas kamu, maka mereka juga berhak untuk diberi makan dan pakaian dalam suasana kasih sayang. Layanilah wanita-wanita kamu dengan baik dan berlemah-lembutlah terhadap mereka kerana sesungguhnya mereka adalah teman dan pembantu kamu yang setia. Dan hak kamu atas mereka ialah mereka sama sekali tidak boleh memasukkan orang yang kamu tidak sukai ke dalam rumah kamu dan dilarang melakukan zina.

Wahai Manusia, dengarlah bersungguh-sungguh kata-katku ini, sembahlah Allah, dirikanlah sembahyang lima kali sehari, berpuasalah di bulan Ramadhan, dan tunaikankanlah zakat dari harta kekayaan kamu. Kerjakanlah ibadah haji sekiranya kamu mampu. Ketahui bahawa setiap muslim adalah saudara kepada muslim yang lain. Kamu semua adalah sama, tidak seorang pun yang lebih mulia dari yang lainnya kecuali dalam taqwa dan beramal soleh.

Ingatlah, bahawa kamu akan menghadap Allah pada suatu hari nanti untuk dipertanggungjawabkan diatas segala apa yang telah kamu kerjakan. Oleh itu, awasilah agar jangan sekali-kali kamu terkeluar dari landasan kebenaran selepas ketiadaanku.

Wahai manusia, tidak ada lagi nabi atau rasul yang akan datang selepasku dan tidak akan ada lagi agama baru. Oleh itu wahai manusia, nilailah dengan betul dan fahamilah kata-kataku yang telah aku sampaikan kepada kamu. Sesungguhnya aku tinggalkan kepada kamu dua perkara yang sekiranya kamu berpegang teguh dan mengikuti kedua-duanya, necaya kamu tidak akan tersesat selama-lamanya. Itulah ALQURAN dan SUNNAHku.

Hendaklah orang-orang yang mendengar ucapanku, menyampaikan pula kepada orang lain. Semoga yang terakhir lebih memahami kata-kataku dari mereka yang terus mendengar dariku. Saksikanlah Ya Allah, bahawasanya telah aku sampaikan risalahMu kepada hamba-hambaMU.

Read more...

Kelebihan Solat Terawih

>> Monday, August 9, 2010

Berikut adalah merupakan kelebihan solat terawih dari malam pertama hingga malam ketiga puluh :

1. Kelebihan Solat Terawih Malam Pertama
Diampuni dosa orang-orang yang beriman sebagaimana keadaannya baru dilahirkan.

2. Kelebihan Solat Terawih Malam Kedua
Diampunkan dosa orang-orang yang beriman yang mengerjakan solat terawih, serta dosa-dosa kedua ibubapanya.

3. Kelebihan Solat Terawih Malam Ketiga
Para malaikat di bawah ‘Arasy menyeru kepada manusia yang mengerjakan solat terawih itu agar meneruskan solatnya pada malam-malam yang lain. Semoga Allah akan mengampunkan dosa-dosa mereka.

4. Kelebihan Solat Terawih Malam Keempat
Orang-orang yang mengerjakan solat terawih akan memperolehi pahala sebagaimana pahala yang diperolehi oleh orang-orang yang membaca kitab-kitab Taurat, Zabur, Injil dan Al-Quran.

5. Kelebihan Solat Terawih Malam Kelima
Allah SWT akan mengurniakan pahala seumpama pahala orang-orang yang mengerjakan sembahyang di Masjidil Haram, Masjidil Nabawi dan Masjidil Aqsa.

6. Kelebihan Solat Terawih Malam Keenam
Allah SWT akan mengurniakan kepadanya pahala seumpama pahala malaikat-malaikat yang bertawaf di Baitul Makmur sementara setiap batu dan tanah berdoa untuk keampunan orang-orang yang mengerjakan solat terawih pada malam itu.

7. Kelebihan Solat Terawih Malam Ketujuh
Seolah-olah ia dapat bertemu dengan Nabi Musa AS serta menolong baginda menentang musuhnya iaitu Fir’aun dan Hamman.

8. Kelebihan Solat Terawih Malam Kelapan
Allah SWT mengurniakan pahala orang yang bersolat tarawih sebagaimana pahala yang dikurniakan kepada Nabi Ibrahim AS.

9. Kelebihan Solat Terawih Malam Kesembilan
Allah SWT akan mengurniakan pahala dan dinaikkan mutu ibadat hambaNya seperti Nabi Muhammad SAW

10. Kelebihan Solat Terawih Malam Kesepuluh
Allah SWT mengurniakan kepadanya kebaikan dunia dan akhirat.

11. Kelebihan Solat Terawih Malam Kesebelas
Meninggal dunia di dalam keadaan bersih dari dosa seperti baru dilahirkan.

12. Kelebihan Solat Terawih Malam Keduabelas
Akan dibangkitkan pada hari kiamat dengan muka yang bercahaya-cahaya.

13. Kelebihan Solat Terawih Malam Ketigabelas
Akan datang pada hari kiamat dalam keadaan aman sentosa dari sebarang kejahatan dan keburukan.

14. Kelebihan Solat Terawih Malam Keempatbelas
Malaikat-malaikat akan datang menyaksikan mereka yang bersolat terawih serta Allah SWT tidak akan menyesatkan mereka.

15. Kelebihan Solat Terawih Malam Kelimabelas
Semua malaikat yang memikul ‘Arasy dan Kursi akan berselawat dan mendoakannya supaya Allah mengampunkannya.

16. Kelebihan Solat Terawih Malam Keenambelas
Allah SWT menuliskan baginya daripada kalangan mereka yang terlepas dari api neraka dan dimasukkan ke dalam syurga.

17. Kelebihan Solat Terawih Malam Ketujuhbelas
Allah SWT menuliskan baginya pahala pada malam ini sebanyak pahala para nabi.

18. Kelebihan Solat Terawih Malam Kelapanbelas
Malaikat akan menyeru: "Wahai hamba Allah sesungguhnya Allah telah redha denganmu dan dengan kedua ibu bapamu (yang masih hidup atau yang sudah mati)".

19. Kelebihan Solat Terawih Malam Kesembilanbelas
Allah SWT akan meninggikan darjatnya di dalam Syurga Firdaus.

20. Kelebihan Solat Terawih Malam Keduapuluh
Allah SWT mengurniakan kepadanya pahala sekelian orang yang mati syahid dan orang-orang soleh.

21. Kelebihan Solat Terawih Malam Keduapuluh satu
Allah SWT akan membina untuknya sebuah mahligai di dalam syurga yang diperbuat dari cahaya.

22. Kelebihan Solat Terawih Malam Keduapuluh dua
Akan datang pada hari kiamat di dalam keadaan aman daripada sebarang huru-hara.

23. Kelebihan Solat Terawih Malam Keduapuluh tiga
Allah SWT akan membina untuknya sebuah bandar dariapada cahaya di dalam syurga.

24. Kelebihan Solat Terawih Malam Keduapuluh empat
Allah SWT akan membuka peluang untuk dua puluh tahun ibadat bagi orang-orang yang mengerjakan solat terawih pada malam tersebut.

25. Kelebihan Solat Terawih Malam Keduapuluh lima
Allah SWT akan membebaskannya daripada siksa kubur.

26. Kelebihan Solat Terawih Malam Keduapuluh enam
Allah SWT akan mengurniakan pahala empat puluh tahun ibadat bagi orang-orang yang mengerjakan solat terawih pada malam tersebut.

27. Kelebihan Solat Terawih Malam Keduapuluh tujuh
Allah SWT akan mengurniakan kepadanya kemudahan untuk melintasi titian sirat sepantas kilat.

28. Kelebihan Solat Terawih Malam Keduapuluh lapan
Allah SWT akan menaikkan kedudukannya seribu darjat di akhirat.

29. Kelebihan Solat Terawih Malam Keduapuluh sembilan
Allah SWT akan mengurniakan kepadanya pahala seribu haji yang mabrur.

30. Kelebihan Solat Terawih Malam Ketigapuluh
Allah SWT akan memberi penghormatan kepada orang yang bertarawih pada malam terakhir dengan firmanNya (yang bermaksud): "Wahai hambaku!, makanlah segala jenis buah-buahan yang Engkau ingini untuk dimakan di dalam syurga dan mandilah kamu di dalam sungai yang bernama salsabil serta minumlah air dari telaga yang dikurniakan kepada Nabi Muhammad saw yang bernama Al Kautsar".

Read more...

Puasa : Hukum dan Amalan

HUKUM PUASA RAMADHAN

  1. Hukumnya WAJIB berdasarkan nas-nas daripada al-Quran, as-Sunnah dan Ijma’

SIAPA YANG WAJIB BERPUASA?

  1. Muslim
  2. Berakal
  3. Baligh
  4. Sihat dan mampu untuk berpuasa
  5. Menetap bukan musafir
  6. Suci dari haihd dan nifas bagi wanita

RUKUN PUASA

  1. Berniat
  2. Menahan diri dari segala yang membatalkan puasa, semenjak terbit fajar hingga terbenam matahari.

PERKARA YANG MEMBATALKAN PUASA

  1. Makan atau minum dengan sengaja. (Wajib Qadha)
  2. Muntah dengan sengaja. (Wajib Qadha)
  3. Keluar darah haidh atau nifas. (Wajib Qadha)
  4. Mengeluarkan mani. (Wajib Qadha)
  5. Memasukkan bahan bukan makanan ke dalam perut melalui jalan biasa. (Wajib Qadha)
  6. Meniatkan berbuka. (Wajib Qadha)
  7. Bersetubuh (Wajib bayar Kafarat)

AMALAN SUNNAH BERKAITAN BERPUASA

  1. Bersahur
  2. Melambatkan sahur
  3. Menyegerakan berbuka puasa
  4. Berbuka dengan ruthob atau tamar atau air.
  5. Memberi makan untuk berbuka bagi orang yang berpuasa
  6. Berdo’a ketika berpuasa dan sejurus selepas berbuka puasa
  7. Solat tarawih berjamaah
  8. Menjauhi perkara-perkara yang dilarang ALLAH.
  9. Menggosok gigi
  10. Bermurah hati dalam menderma (bersifat dermawan)
  11. Mempelajari dan mentadabbur Al-Quran
  12. Memperbanyakkan ibadah pada sepuluh hari terakhir Ramadhan
  13. Beriktikaf di masjid pada sepuluh hari terakhir
  14. Berusaha untukmendapatkan Lailatul Qadr

PERKARA YANG DIPERBOLEHKAN (TIDAK MEMBATALKAN PUASA)

  1. Keluar air mani secara tidak sengaja
  2. Memakai celak
  3. Menitiskan ubat mata
  4. Mencium isteri
  5. Suntikan ubat
  6. Berbekam
  7. Berkumur-kumur
  8. Memasukkan air ke dalam rongga hidung, tetapi tidak berlebih-lebihan.
  9. Menelan air liur
  10. Berkeadaan junub atau berhadath besar pada waktu Subuh

Semoga Allah SWT mengurniakan kefahaman, hidayah dan taufiqNya buat kita semua dalam usaha kita menjalani ibadah fardhu puasa di bulan Ramadhan dengan sebaik-baiknya. Juga diharapkan agar madrasah Ramadhan Mubarak ini dapat membekaskan jiwa dan ruh kita dengan kemantapan iman, agar menjadi hamba Allah yang bertaqwa, insyaAllah...

Read more...

Selamat Menyambut Ramadhan Al Mubarak

Ramadhan bakal menemui kita dengan izin Allah. Sama-samalah kita berdoa kepada Allah agar kita dipanjangkan umur untuk hidup di bulan yang mulia ini dan diberikan hidayah dan taufiq serta daya kekuatan agar dapat mengambil  segala manfaat dan kebaikan yang terkandung didalamnya. Bagi para muttaqin kehadiran bulan yang penuh barakah ini sangat dinantikan.
 
Selamat Menyambut & Menghayati Ramadhan
Semoga Kita Beroleh Keredhaan & Ketaqwaan

Read more...

Tanaman Percubaan : Nanas Dinar (MD2)

>> Sunday, August 8, 2010

Tanaman percubaan - Nanas Dinar atau lebih dikenali sebagai nanas MD2 ini julung-julung kali di tanam di kawasan utara. Benih daripada teknologi tisu kultur ini diperolehi daripada Encik Zulkifli bin Haji Muhyiddin, salah seorang pengusaha nanas berjaya di Kedah. Nanas varieti ini adalah bersaiz besar dengan purata harga ladang sekitar RM10 sebiji. Lumayan bukan?

Fakta menarik tentang nanas dinar :


  • Nanas Dinar (atau MD2, `Gold Extra Sweet', `Golden Pineapple', `Honey Gold') adalah satu varieti nanas hibrid yang terbaik yang mempunyai nilai komersial yang tinggi di pasaran antarabangsa yang menjadi piawaian global kerana keunikan warna, keharuman aroma, jangka hayat buah yang panjang serta keranuman buahnya yang jauh mengatasi varieti-varieti nanas lain. Ia mempunyai kandungan gula yang tinggi dan mempunyai kulit yang kekuningan apabila matang. Selain itu, ia sentiasa membesar mengikut saiz yang seragam iaitu daripada saiz yang sederhana sehingga kepada saiz yang besar (1.3kg-2.5kg), berbentuk silinder dan bermata besar yang rata. Ia juga mempunyai daun yang lembut dan hijau berbanding varieti lain. Empulurnya manis, lebih kompleks dan kurang serat serta mempunyai 4 kali kandungan vitamin C daripada nanas biasa, tetapi ia kurang berasid.
  • Keunikan pokok Nanas Dinar yang berdaun lembut serta tidak berduri memastikan 30,000 - 35,000 pokok Nanas Dinar boleh ditanam bagi setiap 1 ekar tanah. Secara tradisional, buah nanas yang telah matang hanya boleh dituai selepas 17 - 20 bulan, manakala, buah yang dihasilkan melalui mikro-pembiakan tisu kultur hanya memerlukan masa lebih kurang 12 – 14 bulan untuk dituai.

Sumber : http://asmaagro.blogspot.com/2009/03/
satu-penyelesaian-bagi-pertanian-negara.html

Read more...

Manual Pengurusan Penanaman Nanas Moris

>> Saturday, August 7, 2010


Manual Pengurusan Penanaman Nanas Moris - Format PDF (Klik sini)

Read more...

Ciri-Ciri Nanas Moris


Nanas Moris

Kultivar : Queen

Nama Saintifik : Ananas Comosus

Keluarga : Bromeliaceae

Ciri-ciri Utama :

1. Ciri-ciri Buah :

- Bersaiz kecil dan sederhana. (0.8-1.5 kg)
- Juga dikenali sebagai Nanas Mauritius
- Buah menirus ke hujung
- Berkulit tebal
- Mata buah kecil tetapi menanjal
- Mempunyai empulur kecil dan matanya dalam

2. Ciri-ciri pokok:

- Berdaun pendek, banyak duri dan berwarna hijau gelap kebiru-biruan
- Galak mengeluarkan sulur angin dan kebanyakannya mengeluarkan dua sulur atau lebih, cukup untuk meratun / tanam semula
- Ketahanan yang tinggi terhadap ketegasan persekitaran, perosak dan penyakit
- Rentan terhadap reput keras

3. Isi:

- Warna kuning keemasan apabila masak. Kering dan rangup
- Kandungan asid {OA - 0.6 %}
- Kandungan gula {ISO -170 brix}

4.Taburan Tanaman:

- Banyak ditanam di Malaysia terutama di Johor, di kawasan tanah gambut
- Kitaran pengeluaran {12 bulan}

5. Penggunaan:

- Makan segar

Read more...

Semburan Air Baja Nanas Moris Kali Pertama


Begini rupanya air baja semburan nanas moris. Campuran kapur terhidrat, kuprum sulfat dan zink sulfat. Hampir 19000 pokok nak kena sembur. Boleh tahan...


Read more...

  © Blogger templates Shiny by Ourblogtemplates.com 2008

Back to TOP