Lelaki Kacak Peneman Si Mati

>> Saturday, August 21, 2010

Rasulullah SAW bersabda: ‘Apabila seseorang lelaki itu mati dan saudaranya sibuk dengan pengebumiannya, berdiri lelaki yang betul-betul kacak di bahagian kepalanya. Apabila mayatnya dikapan, lelaki itu berada di antara kain kapan dan si mati.

Selepas pengebumian, semua orang pulang ke rumah, dua malaikat Munkar dan Nakir, datang dalam kubur dan cuba memisahkan lelaki kacak ini supaya mereka boleh menyoal lelaki yang telah meninggal itu seorang diri mengenai ketaatannya kepada Allah.

Tapi lelaki kacak itu berkata, 'dia adalah temanku, dia adalah kawanku. Aku takkan meninggalkannya seorang diri walau apa sekalipun. Jika kamu ditetapkan untuk menyoal, lakukanlah tugasmu. Aku tidak boleh meninggalkannya sehingga aku dapati dia dimasukkan ke dalam Syurga'.

Selepas itu dia berpaling kepada temannya yang meninggal dan berkata, "Aku adalah Al Quran, yang mana kamu membacanya, kadang-kadang dengan suara yang nyaring dan kadang-kadang dengan suara yang perlahan. Jangan bimbang. Selepas soal siasat daripada Munkar dan Nakir, kamu tidak akan bersedih'.

Selepas soal jawab selesai, lelaki kacak mengaturkan untuknya daripada Al Mala’ul A’laa (malaikat dalam Syurga) tempat tidur daripada sutera yang dipenuhi bauan kasturi.

Rasulullah SAW bersabda : 'Di hari pengadilan, di hadapan Allah, tiada syafaat yang lebih baik darjatnya daripada Al Quran, mahupun daripada nabi atau malaikat’. Renung-renungkanlah dan selamat beramal...

0 comments:

  © Blogger templates Shiny by Ourblogtemplates.com 2008

Back to TOP