Tanaman Percubaan : Nanas Dinar (MD2)

>> Sunday, August 8, 2010

Tanaman percubaan - Nanas Dinar atau lebih dikenali sebagai nanas MD2 ini julung-julung kali di tanam di kawasan utara. Benih daripada teknologi tisu kultur ini diperolehi daripada Encik Zulkifli bin Haji Muhyiddin, salah seorang pengusaha nanas berjaya di Kedah. Nanas varieti ini adalah bersaiz besar dengan purata harga ladang sekitar RM10 sebiji. Lumayan bukan?

Fakta menarik tentang nanas dinar :


  • Nanas Dinar (atau MD2, `Gold Extra Sweet', `Golden Pineapple', `Honey Gold') adalah satu varieti nanas hibrid yang terbaik yang mempunyai nilai komersial yang tinggi di pasaran antarabangsa yang menjadi piawaian global kerana keunikan warna, keharuman aroma, jangka hayat buah yang panjang serta keranuman buahnya yang jauh mengatasi varieti-varieti nanas lain. Ia mempunyai kandungan gula yang tinggi dan mempunyai kulit yang kekuningan apabila matang. Selain itu, ia sentiasa membesar mengikut saiz yang seragam iaitu daripada saiz yang sederhana sehingga kepada saiz yang besar (1.3kg-2.5kg), berbentuk silinder dan bermata besar yang rata. Ia juga mempunyai daun yang lembut dan hijau berbanding varieti lain. Empulurnya manis, lebih kompleks dan kurang serat serta mempunyai 4 kali kandungan vitamin C daripada nanas biasa, tetapi ia kurang berasid.
  • Keunikan pokok Nanas Dinar yang berdaun lembut serta tidak berduri memastikan 30,000 - 35,000 pokok Nanas Dinar boleh ditanam bagi setiap 1 ekar tanah. Secara tradisional, buah nanas yang telah matang hanya boleh dituai selepas 17 - 20 bulan, manakala, buah yang dihasilkan melalui mikro-pembiakan tisu kultur hanya memerlukan masa lebih kurang 12 – 14 bulan untuk dituai.

Sumber : http://asmaagro.blogspot.com/2009/03/
satu-penyelesaian-bagi-pertanian-negara.html

0 comments:

  © Blogger templates Shiny by Ourblogtemplates.com 2008

Back to TOP