Projek Tanaman Terbaru : Pisang Tanduk

>> Friday, February 3, 2012


Puas sudah benih tisu kultur pisang tanduk dicari di sekitar Kedah namun jauh nun di selatan sana pihak Mardi Johor bersedia untuk membekalkan 100 benih kulvitar pisang ini secara ex-lab melalui penghantaran pos. Benih yang akan sampai nanti akan dicelup dengan thiram sebelum dimasukkan di dalam polibeg bercampur tanah, kompos, sabut dan sedikit baja NPK 15: 15: 15.

Bermatlamatkan mencuba sesuatu yang baru lantaran pisang jenis ini amat jarang didapati di kawasan utara khususnya di kawasan Pokok Sena hasilnya nanti boleh dijual di kedai-kedai goreng pisang yang tumbuh melata di kawasan Pokok Sena ini disamping diproses untuk dijadikan kerepek. Andainya usaha tani ini berjaya skala kawasan tanaman akan diperbesarkan lagi di masa-masa hadapan.

Berikut beberapa fakta menarik tentang pisang tanduk :
  1. Pisang tanduk merupakan kulvitar pisang yang paling besar berbanding kulvitar-kulvitar pisang yang lain
  2. Pisang tanduk dikatakan mempunyai daya ketahanan yang tinggi terhadap serangan fussarium dan moco disease iaitu penyakit yang biasa menyerang pokok pisang
  3. Pisang tanduk merupakan satu-satunya pisang yang tidak mempunyai jantung
  4. Tempoh simpanan pisang tanduk lebih lama berbanding pisang-pisang lain
  5. Pisang tanduk dikatakan juga pisang yang paling sesuai untuk dibuat kerepek berbanding pisang nipah dan pisang nangka
  6. Anak pisang tanduk tidak akan membesar jika dibiarkan tumbuh bersama pokok induk. Justeru anak pisang tanduk perlu dikorek dan ditanam di tempat lain
  7. Berat setiap tandan pisang tanduk antara 7 hingga 10 kg dan kadang-kadang boleh mencecah sehingga 15 kg. Terdiri daripada tiga sisir dengan bilangan buah antara 10 hingga 15 biji. Setiap biji pula boleh menjangkau panjang sehingga sekaki.

0 comments:

  © Blogger templates Shiny by Ourblogtemplates.com 2008

Back to TOP