Fenomena Takut Dalam Diri

>> Thursday, September 27, 2012

Takut adalah lumrah dalam diri manusia yang dijadikan oleh Allah SWT sebagai satu ransangan atau tindakbalas agar kita dapat menghindari daripada setiap perkara yang boleh membawa kepada kemudaratan.

Perasaan takut dalam diri dapat dikelaskan kepada beberapa perkara. Pertama, takut bersifat tabiat seperti takut kepada binatang buas, takut dijilat api, takut lemas ketika berada di dalam air, takut terjatuh ketika berada di tempat tinggi dan sebagainya. Takut seperti ini adalah fitrah dalam diri kita tetapi tidaklah sampai menjejaskan akidah selagi kita tidak menyandarkan ketakutan dan kemudaratan itu selain daripada Allah.

Takut yang seterusnya adalah takut bersifat ibadah sepertimana kita bersolat, berpuasa dan melakukan segala suruhan dan meninggalkan segala laranganNya kerana takutkan Allah disamping mengharapkan keredhaanNya. Inilah takut yang haqiqi dan inilah juga yang kita kenal sebagai TAQWA.

Rasa takut yang wajib dielak ialah takut yang tersembunyi. Ketakutan ini timbul kerana telah tertanam keyakinan bahawa sesuatu yang ditakutinya itu boleh mendatangkan kemudaratan atau malapetaka bagi dirinya. Contohnya takut kepada ancaman manusia, takut kepada gangguan jin dan syaitan dan lain-lain lagi melebihi takut kepada Sang Pencipta sehinggakan dalam keadaan kita sedar atau pun tidak kita menyandarkan kemudaratan yang dialami kepada perkara-perkara tersebut. Sebagai seorang Islam ketakutan sebegini perlu dielak kerana boleh membawa kepada syirik. Nauzubillah.

0 comments:

  © Blogger templates Shiny by Ourblogtemplates.com 2008

Back to TOP