Benarlah hidayah itu milik Allah. Syabas Adam AF!!!

>> Saturday, September 28, 2013

Read more...

Panduan Tanaman Pisang Berangan

>> Thursday, September 19, 2013

Maklumat ini diperolehi daripada pengurus ladang pisang yang mengusahakan ladang seluas 65 ekar di Johor.

  1. Pastikan setiap pokok pisang yang ditanam mengandungi 8 pelepah daun sahaja.
  2. Kekalkan bilangan pelepah daun pisang kepada 6 pelepah apabila jantung pisang telah keluar.
  3. Untuk pisang berangan hanya 10 hingga 12 sikat buah sahaja dikekalkan. Selebihnya dibuang bersama jantung. Ini penting bagi menghasilkan buah yang besar dengan berat yang maksimum.
  4. Setelah jantung pisang dibuang bilangan daun pelepah pisang yang dikekalkan hanyalah 4 pelepah. Pada waktu ini pembajaan pokok hendaklah dihentikan bagi mengelakkan buah pisang menjadi mangkal dan seterusnya menjejaskan kualiti buah.
  5. Anak pisang pertama hanya dibela setelah jantung pisang keluar bagi memastikan pokok induk yang benar-benar subur.
  6. Setiap tandan pisang perlu dibungkus dengan menggunakan kertas daripada jenis kertas simen atau kertas pembungkus dedak ayam. Gunakan staple dan ditutup rapat sehingga hujung pisang.
PEMBAJAAN :
      1. Mula menanam - letakkan baja penggalak akar pada lubang sebelum benih atau sulur pisang ditanam
      2. Setelah pokok berumur 3 bulan tabur baja subur 15:15:15
      3. Taburkan baja buah 12:12:17:2 apabila umur pokok mencapai 6 hingga 7 bulan.
      4. Kadar baja yang ditabur hanyalah segenggam atau bersamaan 250gram bagi setiap pokok.
MERUMPUT :
Gunakan baja sentuh ICI atau BASTA. Jangan gunakan racun serap. Pokok tidak perlu ditajak ketika merumput tetapi memadai dengan meracun sahaja. Tanah juga tidak perlu digemburkan disekeliling pokok bagi  mengelakkan pokok tumbang. Gunakan 70ml cecair racun untuk 18 liter air. Pastikan bancuhan dikacau dengan sempurna untuk kesan yang maksimum.

PENYAKIT : 
Daun pisang berkarat kekuningan atau batang pisang berbintik-bintik hitam dan berlendir menunjukkan serangan kulat. Untuk mengatasinya semburkan dengan bancuhan kapur keseluruh pokok sehingga pokok menjadi putih.

MEMETIK BUAH :
Buah sudah boleh dipetik apabila 2 hingga 3 pelepah daun telah layu atau kering.

Read more...

  © Blogger templates Shiny by Ourblogtemplates.com 2008

Back to TOP