Puas sudah benih tisu kultur pisang tanduk dicari di sekitar Kedah namun jauh nun di selatan sana pihak Mardi Johor bersedia untuk membekalkan 100 benih kulvitar pisang ini secara ex-lab melalui penghantaran pos. Benih yang akan sampai nanti akan dicelup dengan thiram sebelum dimasukkan di dalam polibeg bercampur tanah, kompos, sabut dan sedikit baja NPK 15: 15: 15.
Bermatlamatkan mencuba sesuatu yang baru lantaran pisang jenis ini amat jarang didapati di kawasan utara khususnya di kawasan Pokok Sena hasilnya nanti boleh dijual di kedai-kedai goreng pisang yang tumbuh melata di kawasan Pokok Sena ini disamping diproses untuk dijadikan kerepek. Andainya usaha tani ini berjaya skala kawasan tanaman akan diperbesarkan lagi di masa-masa hadapan.
Berikut beberapa fakta menarik tentang pisang tanduk :

- Pisang tanduk merupakan kulvitar pisang yang paling besar berbanding kulvitar-kulvitar pisang yang lain
- Pisang tanduk dikatakan mempunyai daya ketahanan yang tinggi terhadap serangan fussarium dan moco disease iaitu penyakit yang biasa menyerang pokok pisang
- Pisang tanduk merupakan satu-satunya pisang yang tidak mempunyai jantung
- Tempoh simpanan pisang tanduk lebih lama berbanding pisang-pisang lain
- Pisang tanduk dikatakan juga pisang yang paling sesuai untuk dibuat kerepek berbanding pisang nipah dan pisang nangka
- Anak pisang tanduk tidak akan membesar jika dibiarkan tumbuh bersama pokok induk. Justeru anak pisang tanduk perlu dikorek dan ditanam di tempat lain
- Berat setiap tandan pisang tanduk antara 7 hingga 10 kg dan kadang-kadang boleh mencecah sehingga 15 kg. Terdiri daripada tiga sisir dengan bilangan buah antara 10 hingga 15 biji. Setiap biji pula boleh menjangkau panjang sehingga sekaki.
No comments:
Post a Comment