Pati Minyak Zaitun OLIVE HOUSE

>> Sunday, December 22, 2013


Dapatkan produk pemakanan sunnah; Pati Minyak Zaitun OLIVE HOUSE dengan harga pasaran RM 39.90 beserta khidmat penghantaran percuma bagi anda yang tinggal di sekitar Pokok Sena, Langgar, Titi Haji Idris, Tobiar, Kubur Panjang, Bukit Lada, Bukit Payong, Bukit Tembaga dan Derang. 

Bagi pembelian secara pos syarat pembelian sekurang-kurangnya 1 dozen dikenakan untuk kos penghantaran percuma. Pembelian kurang daripada 1 dozen akan dikenakan kos penghantaran.

Manakala diskaun sebanyak RM 0.90 diberikan bagi anda yang membuat pembelian secara langsung. Bagi yang berminat bolehlah SMS atau hubungi saya di talian 019 4606642 atau temui saya di facebook ( https://www.facebook.com/senasyifaonlineshop )

~Amalkan Pemakanan Sunnah, Hidup Pasti Barakah~


Read more...

Ketajaman Ayat-Ayat Ruqyah Rawatan Kepada Sihir

>> Tuesday, December 17, 2013

video

Video ini mesti anda tengok. Berlaku di Sudan. Akibat terlalu ramai penduduk kampung yang terkena sihir maka dikumpulkan semua penduduk yang terlibat di sebuah kampung. Lalu dibacakan ruqyah syar'iyyah. Apa yang menarik perhatian ialah seorang wanita yang berjalan bongkok menyerupai nenek tua. Wallahu'alam..

Read more...

Hamidon Ahmad Dalam Kenangan

>> Friday, December 6, 2013

Hari ini genap 40 hari kepulangan Hamidon bin Ahmad ke rahmatullah. Seorang insan yang jika dilihat tampak tegas dan garang tapi sebaliknya seorang yang mudah mesra, penyayang, suka pada kanak-kanak dan suka menolong orang tanpa mengira latar belakang. Menghabiskan lebih separuh daripada usianya di German apabila merantau ke bekas negara nazi itu seawal usia 17 tahun setelah menamatkan pelajaran di salah sebuah sekolah elit di utara semenanjung. Berpegang dengan mazhab maliki dan berkebolehan bertutur pelbagai bahasa seperti bahasa inggeris, bahasa arab, bahasa german, bahasa cina, bahasa siam, bahasa itali dan sebagainya.

Sejak pulang dari luar negara 5 tahun lepas beliau menetap di Pulau Pinang bersama keluarganya. Berkahwin pada lewat usia dan dikurniakan seorang cahayamata perempuan berumur 11 tahun. Hubungan arwah dengan aku sekeluarga amat rapat sekali lebih-lebih dengan anak-anakku; Madihah dan Munif. Paling kurang 3 minggu sekali arwah pasti datang ke rumah membawa bersama potato chips dan aiskrim kegemaran anak-anakku. Sehingga kini anak-anakku asyik menyebut nama arwah. 

Arwah juga dikenali sebagai seorang yang kuat pegangan agamanya. Menghafaz kebanyakan surah daripada Al Quran, sentiasa berzikir dan apabila berwirid mengambil masa yang cukup lama. Maka tidak hairanlah apabila beliau menghembuskan nafasnya yang terakhir ketika sedang menunaikan solat subuh di rumahnya sendiri dengan meninggalkan wajah yang manis berseri-seri sebagai tatapan terakhir ahli keluarga dan hadiah daripada Allah buat insanNya yang soleh.

Satu persatu kebesaran dan kekuasaan Allah ditunjukkan kepada hambaNya itu; hujan mencurah-curah ketika jenazahnya dimandikan, tidak meninggalkan sebarang kesan najis walaupun perutnya ditekan berulang kali, dasar kubur yang tidak menakung air walaupun sebelum itu hujan turun dengan lebat sekali (padahal dalam situasi yang sama kubur di sebelahnya berair sewaktu pengebumian dahulu), tanah yang tidak melekat walaupun lembab dibasahi hujan, disembahyangkan lebih 400 orang jemaah dengan dipimpin oleh saudaranya Pak Long Syi (imam besar Masjid Tualang). Apa yang menariknya arwah adalah individu pertama yang disembahyangkan di masjid yang baru sahaja siap dibina (Masjid Al Islah, Kampung Nawa) dengan disinari lampu yang dibeli arwah di luar negara. 

Setelah arwah tiada segala kebaikan dan jasa arwah sentiasa diceritakan orang dan menjadi bualan di sekitar kampung. Dialah Hamidon bin Ahmad. Anak kepada pasangan Ahmad bin Ismail dan Mariam binti Samad. Bapa saudaraku yang sangat dikasihi. Semoga Allah mengampunkan segala dosa-dosanya dan menempatkan arwah bersama hamba-hambaNya yang beriman. Amin...

Read more...

  © Blogger templates Shiny by Ourblogtemplates.com 2008

Back to TOP