Kelebihan Solat Terawih

>> Monday, August 9, 2010

Berikut adalah merupakan kelebihan solat terawih dari malam pertama hingga malam ketiga puluh :

1. Kelebihan Solat Terawih Malam Pertama
Diampuni dosa orang-orang yang beriman sebagaimana keadaannya baru dilahirkan.

2. Kelebihan Solat Terawih Malam Kedua
Diampunkan dosa orang-orang yang beriman yang mengerjakan solat terawih, serta dosa-dosa kedua ibubapanya.

3. Kelebihan Solat Terawih Malam Ketiga
Para malaikat di bawah ‘Arasy menyeru kepada manusia yang mengerjakan solat terawih itu agar meneruskan solatnya pada malam-malam yang lain. Semoga Allah akan mengampunkan dosa-dosa mereka.

4. Kelebihan Solat Terawih Malam Keempat
Orang-orang yang mengerjakan solat terawih akan memperolehi pahala sebagaimana pahala yang diperolehi oleh orang-orang yang membaca kitab-kitab Taurat, Zabur, Injil dan Al-Quran.

5. Kelebihan Solat Terawih Malam Kelima
Allah SWT akan mengurniakan pahala seumpama pahala orang-orang yang mengerjakan sembahyang di Masjidil Haram, Masjidil Nabawi dan Masjidil Aqsa.

6. Kelebihan Solat Terawih Malam Keenam
Allah SWT akan mengurniakan kepadanya pahala seumpama pahala malaikat-malaikat yang bertawaf di Baitul Makmur sementara setiap batu dan tanah berdoa untuk keampunan orang-orang yang mengerjakan solat terawih pada malam itu.

7. Kelebihan Solat Terawih Malam Ketujuh
Seolah-olah ia dapat bertemu dengan Nabi Musa AS serta menolong baginda menentang musuhnya iaitu Fir’aun dan Hamman.

8. Kelebihan Solat Terawih Malam Kelapan
Allah SWT mengurniakan pahala orang yang bersolat tarawih sebagaimana pahala yang dikurniakan kepada Nabi Ibrahim AS.

9. Kelebihan Solat Terawih Malam Kesembilan
Allah SWT akan mengurniakan pahala dan dinaikkan mutu ibadat hambaNya seperti Nabi Muhammad SAW

10. Kelebihan Solat Terawih Malam Kesepuluh
Allah SWT mengurniakan kepadanya kebaikan dunia dan akhirat.

11. Kelebihan Solat Terawih Malam Kesebelas
Meninggal dunia di dalam keadaan bersih dari dosa seperti baru dilahirkan.

12. Kelebihan Solat Terawih Malam Keduabelas
Akan dibangkitkan pada hari kiamat dengan muka yang bercahaya-cahaya.

13. Kelebihan Solat Terawih Malam Ketigabelas
Akan datang pada hari kiamat dalam keadaan aman sentosa dari sebarang kejahatan dan keburukan.

14. Kelebihan Solat Terawih Malam Keempatbelas
Malaikat-malaikat akan datang menyaksikan mereka yang bersolat terawih serta Allah SWT tidak akan menyesatkan mereka.

15. Kelebihan Solat Terawih Malam Kelimabelas
Semua malaikat yang memikul ‘Arasy dan Kursi akan berselawat dan mendoakannya supaya Allah mengampunkannya.

16. Kelebihan Solat Terawih Malam Keenambelas
Allah SWT menuliskan baginya daripada kalangan mereka yang terlepas dari api neraka dan dimasukkan ke dalam syurga.

17. Kelebihan Solat Terawih Malam Ketujuhbelas
Allah SWT menuliskan baginya pahala pada malam ini sebanyak pahala para nabi.

18. Kelebihan Solat Terawih Malam Kelapanbelas
Malaikat akan menyeru: "Wahai hamba Allah sesungguhnya Allah telah redha denganmu dan dengan kedua ibu bapamu (yang masih hidup atau yang sudah mati)".

19. Kelebihan Solat Terawih Malam Kesembilanbelas
Allah SWT akan meninggikan darjatnya di dalam Syurga Firdaus.

20. Kelebihan Solat Terawih Malam Keduapuluh
Allah SWT mengurniakan kepadanya pahala sekelian orang yang mati syahid dan orang-orang soleh.

21. Kelebihan Solat Terawih Malam Keduapuluh satu
Allah SWT akan membina untuknya sebuah mahligai di dalam syurga yang diperbuat dari cahaya.

22. Kelebihan Solat Terawih Malam Keduapuluh dua
Akan datang pada hari kiamat di dalam keadaan aman daripada sebarang huru-hara.

23. Kelebihan Solat Terawih Malam Keduapuluh tiga
Allah SWT akan membina untuknya sebuah bandar dariapada cahaya di dalam syurga.

24. Kelebihan Solat Terawih Malam Keduapuluh empat
Allah SWT akan membuka peluang untuk dua puluh tahun ibadat bagi orang-orang yang mengerjakan solat terawih pada malam tersebut.

25. Kelebihan Solat Terawih Malam Keduapuluh lima
Allah SWT akan membebaskannya daripada siksa kubur.

26. Kelebihan Solat Terawih Malam Keduapuluh enam
Allah SWT akan mengurniakan pahala empat puluh tahun ibadat bagi orang-orang yang mengerjakan solat terawih pada malam tersebut.

27. Kelebihan Solat Terawih Malam Keduapuluh tujuh
Allah SWT akan mengurniakan kepadanya kemudahan untuk melintasi titian sirat sepantas kilat.

28. Kelebihan Solat Terawih Malam Keduapuluh lapan
Allah SWT akan menaikkan kedudukannya seribu darjat di akhirat.

29. Kelebihan Solat Terawih Malam Keduapuluh sembilan
Allah SWT akan mengurniakan kepadanya pahala seribu haji yang mabrur.

30. Kelebihan Solat Terawih Malam Ketigapuluh
Allah SWT akan memberi penghormatan kepada orang yang bertarawih pada malam terakhir dengan firmanNya (yang bermaksud): "Wahai hambaku!, makanlah segala jenis buah-buahan yang Engkau ingini untuk dimakan di dalam syurga dan mandilah kamu di dalam sungai yang bernama salsabil serta minumlah air dari telaga yang dikurniakan kepada Nabi Muhammad saw yang bernama Al Kautsar".

0 comments:

  © Blogger templates Shiny by Ourblogtemplates.com 2008

Back to TOP