Keadaan Terkini Kebun Nanas Setelah Pokok Nanas Yang Lama Ditebas

>> Wednesday, December 7, 2011

Read more...

Peristiwa Di Sebalik 10 Muharam

>> Monday, December 5, 2011

Sekadar hiasan
  • Hari Allah mencipta Nabi Adam
  • Hari Allah memasukkan Nabi Adam ke dalam syurga
  • Hari Allah mendaratkan Nabi Nuh di bukit Judi selepas banjir surut
  • Hari Allah mengeluarkan Nabi Ibrahim daripada unggun api yang besar
  • Hari Allah mengeluarkan Nabi Yunus daripada perut ikan nun
  • Hari Allah menyembuhkan Nabi Ayub daripada penyakitnya yang teruk
  • Hari Allah menyembuhkan Nabi Yaakob daripada sakit mata yang dideritai sekian lama
  • Hari Allah mengeluarkan Nabi Yusuf daripada telaga Jub
  • Hari Nabi Musa berpuasa selama 40 hari dan bermunajat di Bukit Tursina
  • Hari Nabi Musa membelah laut dengan tongkat baginda
  • Hari Firaun LaknatulLah dan pengikutnya tenggelam ke dalam laut
Begitu banyak sekali peristiwa yang berlaku pada 10 Muharam ini. Justeru tidak salah kiranya untuk kita menghayati peristiwa-peristiwa agung ini dengan memperbanyakkan amalan-amalan sunat seperti berpuasa, bersedekah, memberi makan kepada anak yatim, menziarahi orang sakit dan sebagainya. Semoga setiap amalan yang dilakukan mendapat keredhaan dan keberkatan daripada Allah Taala.

Read more...

Lafaz Amin Yang Betul Dalam Solat

>> Saturday, December 3, 2011

Amin yang seringkali dilafazkan setelah membaca surah Al Fatihah ketika solat mempunyai 4 perbezaan sebutan dan makna seperti berikut :

1. Amin , أَمِيْنٌ (a: pendek, min: pendek), ertinya ‘orang yang amanah atau terpercaya’.

2. Aamin, أٰمِنْ (a: panjang, min: pendek), ertinya ‘berimanlah’ atau ‘berilah jaminan keamanan’.

Ketika solat, kita tidak boleh membaca Amin dengan dua cara baca di atas.


3. Aamiin, آمِّيْنَ (a: panjang 5 harakat, mim: bertasydid, dan min: panjang), ertinya ‘orang yang bermaksud menuju suatu tempat’.


Menurut Al Wahidi, sebahagian ulama' yang membolehkan membaca Amin dalam solat dengan bentuk bacaan seperti ini. Pun begitu Imam An Nawawi mengatakan bahawa pendapat ini sangat aneh. Manakala kebanyakan ahli bahasa menganggapnya sebagai kesalahan pengucapan orang awam. Beberapa ulama mazhab Asy Syafie mengatakan, ‘Siapa saja yang membaca Amin dengan cara ini dalam solatnya maka solatnya batal.’  (At-Tibyan fi Adab Hamalatil Qur’an, muka surat 134)


4. Aamiin , أٰمِيْنَ (a: panjang 2 harakat kerana mengikuti mad badal, min: panjang 4–6 harakat kerana mengikut mad ‘aridh lis sukun, dan nun dibaca mati), ertinya ‘kabulkanlah’. Inilah bacaan Amin yang benar.


Wallahu'alam bissowab...

Read more...

Aktiviti Menebas Pokok Tua Nanas Moris

Ketika ini sedang berjalan aktiviti menebas pokok-pokok tua nanas moris yang dilakukan oleh Saudara Halim menggunakan traktor penebas rumput miliknya. Terima kasih kepada saudara Mie (peraih utama nanas) kerana menawar diri untuk membantu dan sanggup memantau aktiviti ini. InsyaAllah, jika tiada aral melintang Rabu depan kami sekeluarga akan pulang ke Kedah setelah menghabiskan cuti sekolah di rumah mertua di Pengkalan Chepa, Kelantan selama hampir 2 minggu.

Read more...

Perbezaan Tiga Kaedah Penanaman Nanas Moris



Read more...

Tanaman Nanas Moris Kali Kedua Bakal Bermula

>> Monday, November 28, 2011

Baru mendapat makluman daripada Jabatan Pertanian Pokok Sena bahawa sulur nanas moris berjumlah hampir 40 000 akan dihantar pada bulan depan. Perlu cepat membuat pembersihan dan penyediaan tapak. Projek tanaman rintis Nangka Madu (varieti Tekkam Yellow dan Mastura) akan bermula pada tahun depan, juga hasil dorongan, galakan dan bantuan daripada pihak jabatan. Terima kasih banyak-banyak.

Read more...

Rayuan Dana Pembiayaan Surau Kampung Nawa

>> Friday, October 7, 2011


Kepada saudara/sahabatku yang budiman sekalian diharapkan apalah kiranya dapat menyumbang seikhlas dan semampu yang boleh untuk menyiapkan sebuah surau (di Kampung Nawa) yang kini dalam pembinaan. Anggaran kos pembinaan adalah sebanyak RM90k. Jumlah yang terkumpul setakat ini lebih kurang RM25k. Bantuan berupa bahan binaan juga diterima.

Sumbangan boleh disalurkan ke akaun Bank Islam - 02075020321242. Untuk keterangan lanjut boleh hubungi 017-5450316 / 017-4431738 (Paksu Halim) atau sila rujuk pada imej banner yang di atas.

Jazakumullahu khairan jaza' atas segala sumbangan dan bantuan yang kalian berikan...

Read more...

Cepat! Cepat! Jawatan Kosong, Pendapatan Lumayan

>> Sunday, July 31, 2011

Jawatan Kosong

Jawatan kosong yang ganjarannya paling lumayan pada bulan puasa ini. Boleh jadi jutawan!

Kelayakan:
  1. Akil baligh
  2. Lelaki atau perempuan
  3. Tidak gila
  4. Tidak uzur syari’e
Habuan Ganjaran:
  1. Solat fardhu sendirian diberi ganjaran oleh Allah swt sebanyak 1 pahala.
  2. Solat fardhu berjemaah diberi ganjaran oleh Allah swt sebanyak 27 pahala.
  3. Solat fardhu berjemaah seseorang yang berkahwin diberi ganjaran pahala 10 kali ganda iaitu 270 pahala.
  4. Solat fardhu berjemaah seseorang yang berkahwin dalam bulan Ramadhan diberi ganjaran pahala 70 kali ganda iaitu 18900 pahala.
  5. Solat fardhu seseorang itu 5 kali sehari semalam diberi ganjaran oleh Allah swt sebanyak 94500 pahala.

Mari kita tukarkan dalam nilai ringgit :
  1. Solat fardhu sendirian diberi ganjaran oleh allah swt sebanyak RM 1.00
  2. Solat fardhu berjemaah diberi ganjaran pahala oleh allah swt sebanyak RM 27.00
  3. Solat fardhu berjemaah seseorang yang berkahwin diberi ganjaran pahala 10 kali ganda iaitu RM 270.00
  4. Solat fardhu berjemaah seseorang yang berkahwin dalam bulan Ramadhan diberi ganjaran pahala 70 kali ganda iaitu RM 18,900.00
  5. Solat fardhu seseorang itu 5 kali sehari semalam diberi ganjaran oleh Allah swt sebanyak RM 94,500.00 satu hari!!!

Pahala solat dalam 30 hari dalam bulan Ramadhan RM 2,835,000.00 !


MasyaAllah kita sudah jadi jutawan hanya dalam bulan Ramadhan sahaja!

Nabi saw memberitahu sekiranya kita membaca Al Quran sebagai contoh Alif Lam Mim maka Allah akan memberikan pahala atas setiapnya. Sahabat pun bertanya adakah satu perkataan itu satu pahala. Nabi saw memberitahu bukan begitu sebaliknya Allah swt memberikan pahala Alif 1 pahala Lam 1 pahala dan Mim 1 pahala.

Apabila kita baca Al Quran dalam bulan Ramadhan ini dan ditukarkan dalam RM berapakah jumlah yang kita dapat?

Bagaimana pula dengan zikir, sedekah, solat sunat, zakat, puasa, ibadah pada malam Qadar dan lain-lain lagi?

Sesungguhnya Allah swt itu Maha Pemurah lagi Maha Kaya. Tidak ada satu pun perniagaan, pekerjaan, multi level marketing, jutawan internet dan lain-lain dalam dunia yang mampu menawarkan bonus sebanyak ini!

Bagaimana pula dengan anda? Masih nak jadi papa kedana atau nak jadi jutawan! Ayuh, ajaklah keluarga, rakan dan yang lainnya menyertai kami menjadi jutawan dan jangan lepaskan peluang ini sebelum terlambat.

Sesungguhnya RM1.00 tak mungkin sama nilai dengan 1 pahala di sisi Allah swt. Hanya Allah sahaja yang tahu berapa besarnya nilai satu-satu pahala itu. Renung-renungkanlah dan selamat beramal.

Read more...

Selamat Menyambut Ramadhan Al Mubarak 1432




Read more...

Tawaran Bantuan Pertanian Daripada Jabatan Pertanian Pokok Sena

>> Saturday, July 30, 2011

Alhamdulillah, bersyukur ke hadrat Allah Taala kerana dengan IradahNya jua baru-baru ini Jabatan Pertanian Pokok Sena telah menawarkan pakej bantuan untuk mengusahakan tanaman nanas moris secara padat. Jika sebelum ini penanaman secara konvensional boleh memuatkan hampir 30 000 pokok per hektar namun dengan teknologi terbaru ini 80 000 pokok boleh ditanam dengan keluasan yang sama. Bantuan yang ditawarkan adalah meliputi benih / sulur nanas, baja pokok, baja buah dan juga racun rumpai.

Kaedah penanaman secara padat ini merupakan julung-julung kali bakal dilaksanakan dalam daerah Pokok Sena sebagai perintis dan model kepada pengusaha tanaman nanas yang lain. Kepada staff Jabatan Pertanian Pokok Sena terutamanya Puah Faizah berbanyak-banyak terima kasih diucapkan.

Untuk memahami dengan lebih lanjut kaedah penanaman nanas moris secara padat boleh klik di sini "Kaedah Konvensional Akan Menjadi Lipatan Sejarah"

Read more...

Perjumpaan Pengusaha Nanas Negeri Kedah

>> Tuesday, June 7, 2011

Perjumpaan pengusaha-pengusaha nanas negeri Kedah bersama Jabatan Pertanian Negeri serta Exco Pertanian Negeri Kedah; Dato' Ir. Amiruddin Hamzah telah diadakan di bilik seminar Jabatan Pertanian Negeri Kedah pada 4 Jun yang lepas. Perjumpaan ini merupakan julung-julung kali diadakan sejak tanaman nanas secara komersil mula diperkenalkan di negeri ini sejak awal 2009 lagi.

Dato' Ir. Amiruddin Hamzah dalam ucapan perasmiannya menyatakan komitmen kerajaan negeri dalam memajukan sektor pertanian demi merealisasikan hasrat untuk menjadikan Kedah sebagai Belanda Timur (Hub Pengeluaran Makanan Negara). Sementara itu En. Mohamed Bukhori Abdul Rahman selaku Timbalan Pengarah Pertanian Negeri (Pengembangan) dalam taklimat yang disampaikan menyentuh mengenai teknologi semasa nanas dan potensi pengeluaran nanas di negeri ini.

Perjumpaan ini menjadi lebih bermakna apabila para pengusaha nanas yang hadir bersetuju untuk membentuk jawatankuasa penaja sebelum persatuan pengusaha nanas yang sebenar diwujudkan. Hadirin yang hadir telah bersetuju sebulat suara untuk melantik En. Abd. Halim Hamid sebagai pengerusi penaja dengan dibantu oleh En. Abu Hassan Man. Penubuhan persatuan ini diharap dapat mengukuhkan kerjasama antara para pengusaha nanas dan jabatan pertanian serta menyelesaikan setiap masalah yang timbul demi kemaslahatan bersama. Perjumpaan ini juga telah menjadi satu platform kepada pengusaha-pengusaha nanas untuk bertukar-tukar pandangan dan idea bagi meningkatkan produktiviti tanaman masing-masing.

Tahniah dan terima kasih diucapkan kepada pihak Jabatan Pertanian Negeri Kedah kerana dapat mengatur perjumpaan seperti ini. Diharapkan agar usaha yang dijalankan ini menjadi titik tolak kepada kejayaan perusahaan nanas di negeri Kedah Darul Aman.

.:: Taklimat sedang disampaikan oleh En. Mohamed Bukhori Abdul Rahman ::.


.:: Sesi taaruf oleh peserta-peserta yang hadir (kelihatan En. Abu Hassan Man; pengusaha nanas paling berjaya di negeri Kedah ::.
Klik di sini untuk melihat paparan kejayaan beliauLink

.:: Sesi soal jawab dengan pegawai jabatan pertanian negeri ::.

Read more...

Tuaian Sulung Nanas Moris

Read more...

Menyembur Hormon Aruhan Pembungaan Pada Pokok Nanas Moris

>> Sunday, March 6, 2011


Mengharungi hari-hari yang memenatkan di kebun nanas. 10 000 pokok nanas peringkat pertama sedang disembur hormon aruhan pembungaan untuk tuaian bulan Julai. Aruhan pembungaan peringkat kedua dan ketiga pula bakal menyusul. Sesiapa yang berminat untuk memborong dan membeli buah nanas moris (atau benih) boleh hubungi saya. Harga istimewa untuk kawan2...

Read more...

Model Baharu Tanaman Nanas

>> Monday, February 28, 2011

.:: Abu Hassan Man dengan hasil nanas yang ditanam ::.


Tidak terlintas langsung dalam benak fikiran usahawan Teknologi Maklumat (ICT) ini untuk mengubah haluan kepada bidang pertanian melainkan semata-mata mahu mencuba dan gembira melihat kehijauan bumi yang sentiasa dihargai manusia.

Tiga tahun lalu, Abu Hassan Man, 51, hanya mahu memastikan tanah di sekitar tempat tinggalnya tidak dibiar semak sebaliknya mahu berbuat sesuatu supaya kawasan di Merbok, Kedah bertukar menjadi ladang nanas terbesar.

Percubaannya tidak sia-sia apabila nanas yang diusahakan menghasilkan buah melebihi tiga kilogram sebiji.

Kejayaan itu tidak berakhir di situ sahaja apabila terbaharu bapa kepada enam anak itu sekali lagi mengejutkan industri nanas negara apabila dia berjaya mengusahakan model baru tanaman nanas secara padat.

Sekali pun ada pihak yang secara sinis menganggapnya sebagai satu yang sukar dipercayai kerana konsep tanaman seperti itu tidak pernah diamalkan oleh mana-mana penanam nanas dan kononnya sukar untuk dilakukan.

Projek perintis tanaman nanas secara padat itu telah membuka mata banyak pihak dan memberi petunjuk bahawa teknologi baharu dalam sektor pertanian tidak lagi boleh kaku tanpa pembaharuan.

Di Kampung Bukit Batu Pahat, Merbok sebanyak 12 hektar tanaman nanas secara padat telah dimulakan sekali pun terpaksa berhadapan masalah kawasan tanah hutan dan serangan musuh liar yang sentiasa mengancam tanaman.

Hal yang sama berlaku di Kampung Bendang Dalam, Tempoyak berhampiran Merbok manakala satu kawasan di Tikam Batu dan Bukit Selambau di Sungai Petani serta Sungai Kob dan Lunas di Kulim.

Abu Hassan tidak pernah mengalah untuk mencuba sesuatu yang tidak pernah dilakukan.

''Saya mahu mencuba sesuatu yang baharu kerana mungkin dapat membuat pembaharuan dalam industri nanas di negara ini," katanya dalam pertemuan dengan MEGA baru-baru ini.

Sehingga ini, Abu Hassan telah mengembangkan usaha penanaman nanas di tujuh kawasan dengan keluasan keseluruhan melebihi 70 hektar.

Ini tidak termasuk di kawasan Kulim sebanyak 70 ekar yang sedang dibersihkan.

Menariknya, usaha Abu Hassan dilakukan secara berperingkat-peringkat dalam memastikan pengeluaran buah juga tidak terputus bekalan berikutan pengusaha ini sudah dikenali sebagai saudagar nanas.

''Ada di antara kawasan sedang dibersihkan manakala ada juga yang sedang ditanam sementara yang lain sudah mengeluarkan hasil menunggu masa sahaja untuk dipetik," ujarnya.

Menurut beliau, hebatnya model baharu tanaman nanas kerana sebanyak 82,000 pokok dapat ditanam dalam keluasan sehektar tanah berbanding dengan cara konvensional hanya sebanyak 30,000 pokok sahaja dapat ditanam.

Mengenai tanaman padat, beliau yakin tentu ada penanam nanas akan terfikir bagaimana kepadatan pokok mampu membolehkan kerja-kerja membaja,meracun, dan memetik buahnya dapat dilakukan.

Abu Hassan yang tidak pernah kedekut ilmu itu menjelaskan kesemua proses tersebut dilakukan menggunakan jentera 100 peratus yang berfungsi dengan cepat dan pantas.

Kejayaan tersebut memberi petunjuk baru kepada Jabatan Pertanian dalam memberi suntikan semangat dan meningkatkan imej dalam sektor pertanian.

Jabatan Pertanian yang melihat perkembangan itu telah mengambil langkah bijak dalam membantu Abu Hassan untuk membeli jentera moden dalam menghasilkan produk yang boleh dibanggakan dalam industri nanas negara.

Mega difahamkan jentera tersebut disediakan oleh Jabatan Pertanian sebagai inisiatif kepada petani moden itu menggunakan teknologi terbaru.

Katanya, penggunaan jentera meliputi kerja-kerja membaja, meracun,memberi hormon (ethrel) menguatkan tangkai (planofit) dan menyegarkan buah(fruiton) antara teknologi moden yang digunakan menjadikan ladang nanas ini termoden setakat ini.

Menurutnya, kelebihan jentera moden itu berfungsi dengan hanya 500 liter air atau racun memerlukan masa hanya tujuh minit.

Manakala bagi satu hektar mengambiln masa kira-kira satu jam.

Tanaman secara padat itu tidak memerlukan batas sebaliknya setelah tanah siap di gembur benih boleh terus ditanam sekali gus menjimatkan masa dan kos membajak.

Katanya, tanaman cara itu juga dapat mengurangkan hakisan tanah dan mengelak rumput tumbuh dan mengurangkan beban pengawasan dan kawalan rumput akibat tanaman dilakukan secara padat.

Jelasnya, tanaman konsep itu juga mampu mengelak ancaman binatang buas seperti babi dan kera dari memasuki dan merosakkan tanaman.

Projek yang diusahakan penanam moden itu telah membawa kepada perubahan landskap tanah terbiar.

Ini kerana Abu Hassan sendiri telah mempelawa pemilik tanah untuk memajak kepadanya bagi dijalankan projek tanaman nanas ini.

Anak jati Merbok itu turut menyasarkan untuk membuka kilang sendiri bagi memproses nanas secara komersial sekiranya dia mampu membuka sebanyak 200 hektar ladang nanas di Kedah.

''Buat masa ini saya belum berani untuk membuka kilang kerana pengeluaran buah yang ada hanya mampu dijual kepada peraih dan pemborong tempatan sahaja,'' ujarnya.

Abu Hassan bagaimanapun tidak menolak kemungkinan dalam tempoh setahun dia boleh mengorak langkah dalam memperkemaskan lagi industri itu secara serius kerana potensi yang ada tidak wajar dilepaskan.

Projek di Kampung Bukit Batu Pahat kini mempunyai hampir satu juta pokok nanas pada keluasan yang sedia ada.

Sudah tentu jumlah pokok tersebut mampu meningkatkan pendapatan tiga kali ganda dari tanaman secara konvensional dengan harga sebiji nanas pada harga minimum sebiji untuk RM1 jika ini berlaku tentunya penanam ini mampu meraih hampir sejuta semusim secara kasarnya.

Bagi Abu Hassan kesempatan itu turut digunakan untuk menambah lagi pendapatan melalui jualan benih.

Apa yang diperolehinya sekarang mahu dikongsi bersama pemilik tanah terbiar untuk sama-sama berusaha memajukan tanah dan meraih pendapatan bukan sahaja sampingan malah satu kerjaya berterusan.

Sumber : Utusan Online

Read more...

Salam Maulidur Rasul - Muhammad : The Choosen One

>> Monday, February 14, 2011

Read more...

  © Blogger templates Shiny by Ourblogtemplates.com 2008

Back to TOP