Cepat! Cepat! Jawatan Kosong, Pendapatan Lumayan
>> Sunday, July 31, 2011
Jawatan Kosong
Jawatan kosong yang ganjarannya paling lumayan pada bulan puasa ini. Boleh jadi jutawan!
Kelayakan:
Mari kita tukarkan dalam nilai ringgit :
Pahala solat dalam 30 hari dalam bulan Ramadhan RM 2,835,000.00 !
Nabi saw memberitahu sekiranya kita membaca Al Quran sebagai contoh Alif Lam Mim maka Allah akan memberikan pahala atas setiapnya. Sahabat pun bertanya adakah satu perkataan itu satu pahala. Nabi saw memberitahu bukan begitu sebaliknya Allah swt memberikan pahala Alif 1 pahala Lam 1 pahala dan Mim 1 pahala.
Apabila kita baca Al Quran dalam bulan Ramadhan ini dan ditukarkan dalam RM berapakah jumlah yang kita dapat?
Bagaimana pula dengan zikir, sedekah, solat sunat, zakat, puasa, ibadah pada malam Qadar dan lain-lain lagi?
Bagaimana pula dengan anda? Masih nak jadi papa kedana atau nak jadi jutawan! Ayuh, ajaklah keluarga, rakan dan yang lainnya menyertai kami menjadi jutawan dan jangan lepaskan peluang ini sebelum terlambat.
Sesungguhnya RM1.00 tak mungkin sama nilai dengan 1 pahala di sisi Allah swt. Hanya Allah sahaja yang tahu berapa besarnya nilai satu-satu pahala itu. Renung-renungkanlah dan selamat beramal.
Jawatan kosong yang ganjarannya paling lumayan pada bulan puasa ini. Boleh jadi jutawan!
Kelayakan:
- Akil baligh
- Lelaki atau perempuan
- Tidak gila
- Tidak uzur syari’e
- Solat fardhu sendirian diberi ganjaran oleh Allah swt sebanyak 1 pahala.
- Solat fardhu berjemaah diberi ganjaran oleh Allah swt sebanyak 27 pahala.
- Solat fardhu berjemaah seseorang yang berkahwin diberi ganjaran pahala 10 kali ganda iaitu 270 pahala.
- Solat fardhu berjemaah seseorang yang berkahwin dalam bulan Ramadhan diberi ganjaran pahala 70 kali ganda iaitu 18900 pahala.
- Solat fardhu seseorang itu 5 kali sehari semalam diberi ganjaran oleh Allah swt sebanyak 94500 pahala.
Mari kita tukarkan dalam nilai ringgit :
- Solat fardhu sendirian diberi ganjaran oleh allah swt sebanyak RM 1.00
- Solat fardhu berjemaah diberi ganjaran pahala oleh allah swt sebanyak RM 27.00
- Solat fardhu berjemaah seseorang yang berkahwin diberi ganjaran pahala 10 kali ganda iaitu RM 270.00
- Solat fardhu berjemaah seseorang yang berkahwin dalam bulan Ramadhan diberi ganjaran pahala 70 kali ganda iaitu RM 18,900.00
- Solat fardhu seseorang itu 5 kali sehari semalam diberi ganjaran oleh Allah swt sebanyak RM 94,500.00 satu hari!!!
Pahala solat dalam 30 hari dalam bulan Ramadhan RM 2,835,000.00 !
MasyaAllah kita sudah jadi jutawan hanya dalam bulan Ramadhan sahaja!
Nabi saw memberitahu sekiranya kita membaca Al Quran sebagai contoh Alif Lam Mim maka Allah akan memberikan pahala atas setiapnya. Sahabat pun bertanya adakah satu perkataan itu satu pahala. Nabi saw memberitahu bukan begitu sebaliknya Allah swt memberikan pahala Alif 1 pahala Lam 1 pahala dan Mim 1 pahala.
Apabila kita baca Al Quran dalam bulan Ramadhan ini dan ditukarkan dalam RM berapakah jumlah yang kita dapat?
Bagaimana pula dengan zikir, sedekah, solat sunat, zakat, puasa, ibadah pada malam Qadar dan lain-lain lagi?
Sesungguhnya Allah swt itu Maha Pemurah lagi Maha Kaya. Tidak ada satu pun perniagaan, pekerjaan, multi level marketing, jutawan internet dan lain-lain dalam dunia yang mampu menawarkan bonus sebanyak ini!
Bagaimana pula dengan anda? Masih nak jadi papa kedana atau nak jadi jutawan! Ayuh, ajaklah keluarga, rakan dan yang lainnya menyertai kami menjadi jutawan dan jangan lepaskan peluang ini sebelum terlambat.
Sesungguhnya RM1.00 tak mungkin sama nilai dengan 1 pahala di sisi Allah swt. Hanya Allah sahaja yang tahu berapa besarnya nilai satu-satu pahala itu. Renung-renungkanlah dan selamat beramal.
0 comments:
Post a Comment