Khidmat Rawatan Bekam Sunnah
>> Tuesday, November 27, 2012
Bekam atau al hijamah merupakan kaedah mengeluarkan sisa toksik, toksin, uric acid, kolestrol, angin, sel darah merah yang rosak dan juga unsur gangguan jin dalam badan melalui kulit dengan cara menyedut. Bekam merupakan amalan sunnah Rasulullah saw yang mampu untuk mengekalkan kesihatan dan kekuatan jantung serta merendahkan kadar stress dalam tubuh. Secara tidak langsung dapat mengelakkan diri daripada terkena penyakit-penyakit kronik seperti strok, diabetes, artiritis, kanser, migrain dan sebagainya.
Bekam juga dapat meningkatkan hormon regenerasi sel akibat tusukan jarum ke atas titik-titik tertentu pada tubuh. Hormon ini bertindak untuk memperbaiki fungsi organ tubuh atau sel akibat kerosakan atau kecederaan. Organ tubuh yang terganggu fungsinya akan disembuhkan dengan cara memperbaiki jaringan dan sel yang ada padanya sehingga mampu berfungsi dan kembali sihat. Sebagai contoh sekiranya bekam dilakukan pada titik jantung hormon akan dirembeskan dengan banyaknya pada kawasan ini dan sistem tubuh badan akan berfungsi dengan pantas jika berlaku sesuatu.
Selain itu amalan bekam juga dapat meningkatkan sistem antibodi tubuh badan. Organ tubuh yang mengalami infeksi kuman penyakit dapat sembuh cepat kerana tubuh berupaya untuk mengeluarkan zat antibodi yang mampu membunuh patogen atau kuman yang membahayakan. Jika organ tubuh sudah bebas dari sebarang infeksi penyakit maka tubuh pun akan sihat kembali seperti biasa.
Kaedah rawatan bekam (termasuk petik) yang saya praktikkan menggabungkan 3 kombinasi perubatan sunnah iaitu pesakit akan diruqyah terlebih dahulu, diikuti dengan rawatan bekam dan diakhiri dengan minuman susu kambing (Hi-Goat) atau madu. Sebotol air terapi yang diruqyah oleh saya sendiri akan diberi sebagai ikhtiar susulan.
Kebersihan dan kesucian dalam rawatan sangat ditititberatkan. Penggunaan lancet (jarum) pakai buang, sarung tangan, mask dan keperluan bekam yang sentiasa distril meminimunkan risiko penyakit bawaan patogen dan sebagainya.
Kebersihan dan kesucian dalam rawatan sangat ditititberatkan. Penggunaan lancet (jarum) pakai buang, sarung tangan, mask dan keperluan bekam yang sentiasa distril meminimunkan risiko penyakit bawaan patogen dan sebagainya.
Hari yang paling ideal untuk melakukan rawatan mengikut amalan sunnah adalah pada 17, 19 dan 21 mengikut takwim hijrah. Menurut hadis sahih Rasulullah SAW pernah bersabda yang bermaksud: "Barang siapa berbekam pada hari ke 17, 19 dan 21 (tahun hijrah), maka ia akan sembuh daripada segala macam penyakit". Pun begitu rawatan pada hari-hari lain juga masih boleh dilakukan lantaran tidak terdapat hadis yang melarang tetapi tidaklah mendapat jaminan nabi dan pahala sunnah.
Rawatan bekam beserta kadar bayaran yang dikenakan adalah seperti berikut :
- Bekam Basah (Darah)
- Bekam Kering (Angin)
- Bekam Luncur
Kepala : 1 cup, 3 kali sedutan bersamaan RM 15
Anggota badan lain : 1 cup, 3 kali sedutan bersamaan RM 7
Kepala : 1 cup, 3 kali sedutan bersamaan RM 13
Anggota badan lain : 1 cup, 3 kali sedutan bersamaan RM 5
Anggota badan : 1 cup bersamaan RM 4
Kepada sesiapa yang berminat boleh membuat temujanji terlebih dahulu dengan emailkan kepada saya di alhazeem02@yahoo.com.
Read more...