Tanda-Tanda Perawat Yang Mengunakan Khadam Atau Pendamping
>> Friday, November 16, 2012

Berbalik kepada persoalan yang ingin dilontarkan iaitu setelah menyedari betapa banyaknya pengamal perubatan alternatif sejak akhir-akhir ini, bagaimanakah caranya kita boleh mengenal mereka yang menggunakan khadam atau pun pendamping dalam rawatan. Fakta-fakta berikut adalah jawapannya.
- Merawat menggunakan kaedah menurun. Kebiasaannya bahasa, watak dan tingkahlaku perawat berubah daripada keadaan asal kerana telah diresapi sesuatu seperti jin dan sebagainya
- Menggunakan asap dalam rawatan. Ini kerana asap adalah salah satu daripada makanan jin. Seboleh-bolehnya rawatan dengan kaedah begini hendaklah dielakkan walaupun sesetengah ulama' menghukumkan harus merawat menggunakan al baqur (kemenyan)
- Pengamal perubatan cenderung bercakap besar dan bangga diri (salah satu elemen syirik kepada Allah)
- Tidak menjaga syariat seperti tidak solat, tidak berpuasa, tidak menutup aurat dan sebagainya
- Meramal sesuatu atas pesakit
- Meletakkan pengeras atau ganjaran selepas rawatan
- Memberi tangkal atau azimat yang tidak pasti bacaan dan sumbernya
- Tempat rawatan dihias serba kuning
- Menyandarkan rawatan kepada sesuatu seperti keris, geliga dan sebagainya
- Menjampi dengan menyebut nama buaya, gajah, harimau, ular dan sebagainya
Sekiranya terdapat pengamal perubatan yang mengamalkan perkara-perkara seperti ini maka sayugianya dibatalkan hasrat murni anda dan carilah pengamal perubatan yang haqiqi yang bertongkatkan Al Quran dan Al Hadith. Semoga anda diberi kesembuhan daripada Allah dan terlepas daripada bahana jarum halus sang iblis.
0 comments:
Post a Comment