Strok vs Angin Ahmar vs Sampuk Hantu
>> Friday, November 22, 2013
Dulu-dulu-dulu aku pernah diminta seseorang untuk merawat seorang suami yang ditimpa angin ahmar. Semasa rawatan dibuat terdengar cakap-cakap dibelakangku yang mengatakan bahawa suami wanita itu diserang strok. Ada yang mengatakan angin ahmar. Malah ada pula yang mengatakan disampuk hantu sewaktu pergi menoreh getah. Itu hanya pendapat dan sangkaan mereka semata-mata namun yang pastinya mereka dan juga sebahagian besar masyarakat kita masih lagi keliru tentang strok, angin ahmar dan juga gangguan makhluk halus.
Mengikut pendapatku yang faqir lagi cetek ilmunya ini strok hanya akan menyerang pada seseorang yang pernah mengalami darah tinggi, kencing manis atau sakit jantung. Strok lazimnya menyerang pada orang dewasa khususnya bagi mereka yang agak berusia. Strok lazimnya juga akan menyerang pada bahagian kiri anggota badan (iaitu pada bahagian terletaknya jantung). Cara mudah untuk mengesan serangan strok ini ialah urat yang terdapat pada bahagian belakang tengkok akan mengeras atau membengkak dan apabila tapak tangannya dibalikkan akan kembali kepada kedudukan asal. Sesiapa yang tapak tangannya berkudis (menunjukkan bahawa antibodi badan lemah) maka bersiap siagalah bahawa kemungkinan anda bakal diserang strok. Tapi kalau tapak tangan gatal-gatal itu lain pula ceritanya. Kata orang-orang tua nak beroleh ongkoslah tu.
Angin ahmar atau rihul ahmar pula merupakan satu satu penyakit yang berpunca daripada gangguan jin. Jin yang bernama rihul ahmar ini merupakan saudara kepada ifrit laknatullah. Dipendekkan cerita pada zaman Nabi Sulaiman Alaihissalam diriwayatkan terdapat lebih daripada 36 ribu ekor jin yang tunduk pada kekuasaan Nabi Sulaiman Alaihissalam. Kagum dan merasa hebat dengan kelebihan yang dimiliki membuatkan Allah menguji baginda dengan menghantar seekor jin yang bernama Rihul Ahmar. Rihul Ahmar merupakan satu-satunya jin yang ingkar untuk tunduk dan taat kepada kekuasaan Nabi Allah Sulaiman. Baginda lantas mengarahkan tenteranya untuk menangkap jin tersebut namun lesap sehinggalah membuat penampilan semula pada zaman Junjungan Mulia Nabi Muhammad Sallallahu 'Alaihi Wassalam dan menyerang salah seorang cucuanda baginda yang tercinta. Jibril 'Alaihissalam selaku penyampai wahyu dan guru baginda telah mengajar doa yang agak panjang yang dapat membentengi diri daripada ancaman Rihul Ahmar. Diriwayatkan bahawa sesiapa yang membaca doa ini walau pun sekali seumur hidup akan terselamat daripada bahana Rihul ahmar. Wallahu 'alam.
Berbeza dengan strok angin ahmar lazimnya akan menyerang pada bahagian kanan anggota badan, boleh menyerang pada orang yang sihat tubuh badan termasuklah pada kanak-kanak. Tapak tangan penderita angin ahmar akan kekal pada kedudukannya apabila dibalikkan. Angin ahmar akan menyerang pada darah dan salur darah pada tubuh manusia dan tempat yang diserang angin ahmar kebiasaannya akan kurus dan tidak berisi. Kedua-dua penyakit ini iaitu strok dan angin ahmar mempunyai kaedah dan rawatan yang tersendiri yang boleh dipraktikkan.
Perbincangan mengenai gangguan makhluk halus agak panjang, kompleks dan subjektif untuk dihuraikan. Sekiranya ada kelapangan masa dan ketika akan diperbahaskan lagi dengan izin Allah.
Read more...