Petua Menangani Masalah Batuk Berlarutan

>> Tuesday, November 19, 2013

Di utara sekarang ini adalah fasa perubahan cuaca yang menyaksikan ramai yang mengalami batuk. Waktu kecilku dulu sekiranya terkena batuk arwah nenek akan mencari daun lidah buaya yang ditanam di tepi rumah lalu dibuang kulitnya. Isinya diambil dan dimakan. Memang agak pahit dan sukar untuk menelan sehinggakan terpaksa dicampur dengan gula batu untuk menyedapkan rasa. 

Pernah sekali setelah aku pulang dari perkelanaan di Ardhul Kinanah anak sepupuku ditimpa batuk yang berlarutan berminggu-minggu lamanya walaupun sebelum itu pelbagai usaha dan ikhtiar telah dibuat. Lantas aku mencuba petua arwah nenekku itu dengan disertakan beberapa bacaan rukyah asas wal hasilnya batuknya semakin berkurangan dan pulih seperti sediakala.

Baru-baru ini jiranku berbangsa siam berkongsi petua menghilangkan batuk dan kahak yang diamalkannya. Caranya adalah dengan mengambil beberapa katam tebu, dipotong dan dicicah bersama cabai melaka dan garam. Amalkan selama 2 atau 3 hari. Mujarab katanya.

~Selamat Membaca dan Selamat Beramal~


0 comments:

  © Blogger templates Shiny by Ourblogtemplates.com 2008

Back to TOP