Muzakarah dengan Paksu Mid

>> Wednesday, December 22, 2010

Baru-baru ni aku jumpa lagi dengan Paksu Mid. Orang tua yang cukup terkenal di kawasan utara yang sentiasa meniti di bibir alim-ulama', ahli tasawwuf, ahli tarekat, huffaz malah dikalangan orang awam sendiri.

Siapa sebenarnya Paksu Mid ni? Paksu Mid ni seperti katanya cuma orang tua - tua usia dan tua ilmu. Orang tua yang diberi kelebihan sebagai wali Allah, warak, kuat beribadat dengan puasa yang tak putus-putus. Orang tua yang pernah disebut oleh Syeikh Nuruddin al Banjari dalam pengajiannya. Hatta dikhabarkan setiap kali syeikh datang ke sini pasti berjumpa dengan Pak Su Mid.

Sekadar mengagumi. Akhlak dan peribadi Paksu Mid amat menyentuh sekali. Setiap perkara yang hendak dilakukan semuanya bermula dengan basmalah. Nak letak alas kaki baca basmalah, nak buka tingkap pun baca basmalah, pendek kata hampir kesemuanya bermula dengan basmalah.

Orang tua berdarah Indonesia ini cukup cenderung dengan kitab-kitab karangan Ibnu Arabi. Bukan calang-calang orang boleh baca kitab karangan Ibnu Arabi ni. Bahasanya tuntas, padat dan kadang susah difahami. Bukan sahaja orang melayu, orang-orang Arab sendiri pun jarang benar nak beli apatah lagi nak baca buku karangan Ibnu Arabi.

Perbincangan dengan kawan baik arwah datukku ini pada kali ini banyak berkisar tentang aspek kerohanian, alam ghaib dan perubatan Islam. Banyak sungguh mutiara ilmu yang dihamburkan. Persoalan demi persoalan dirungkai dengan begitu mudah sekali berserta dalil dan nas. Tak ubah seperti Syeikh 'Atiah Saqar masa aku menuntut kat Mesir dulu. Semoga Allah memanjangkan usianya (kini sudah menjangkau 80 tahun) dan dirahmati Allah selalu.

Read more...

Selamat Menyambut Tahun Baru Hijrah 1432

>> Monday, December 6, 2010

Read more...

Nanas Moris : Aktiviti Membaja Pokok Nanas Moris Kali Kedua

>> Thursday, September 23, 2010

.:: Bancuhan baja semburan NPK 15:15:15 ::.

.:: Aktiviti membaja pokok sedang dijalankan ::.

Proses membaja pokok nanas moris kali kedua. Biasanya waktu ni orang tabur baja npk 15:15:15. Tapi dengan teknologi dan kaedah pembajaan paling mudah Encik Zul (pengusaha nanas berjaya merangkap konsultan nanas (NCER) wilayah utara) mencadangkan penggunaan baja npk yang dimodifikasi menjadi baja semburan. Harga baja pun lebih murah berbanding baja tabur biasa. Kelebihan membaja dengan cara ini ialah pokok mudah menyerap nutrien baja dan proses membaja menjadi lebih cepat dan pantas. Tak perlu lagi membongkok-bongkok menabur baja di celah-celah pokok. Alhamdulillah...

Read more...

Selamat Hari Raya Idulfitri

>> Saturday, September 11, 2010

Read more...

Perkembangan Terkini Tanaman Nanas Moris




Read more...

Kesalahan-Kesalahan Yang Biasa Dilakukan Wanita Ketika Menutup Aurat

>> Sunday, August 22, 2010

Klik pada imej untuk paparan yang lebih jelas

Read more...

Lelaki Kacak Peneman Si Mati

>> Saturday, August 21, 2010

Rasulullah SAW bersabda: ‘Apabila seseorang lelaki itu mati dan saudaranya sibuk dengan pengebumiannya, berdiri lelaki yang betul-betul kacak di bahagian kepalanya. Apabila mayatnya dikapan, lelaki itu berada di antara kain kapan dan si mati.

Selepas pengebumian, semua orang pulang ke rumah, dua malaikat Munkar dan Nakir, datang dalam kubur dan cuba memisahkan lelaki kacak ini supaya mereka boleh menyoal lelaki yang telah meninggal itu seorang diri mengenai ketaatannya kepada Allah.

Tapi lelaki kacak itu berkata, 'dia adalah temanku, dia adalah kawanku. Aku takkan meninggalkannya seorang diri walau apa sekalipun. Jika kamu ditetapkan untuk menyoal, lakukanlah tugasmu. Aku tidak boleh meninggalkannya sehingga aku dapati dia dimasukkan ke dalam Syurga'.

Selepas itu dia berpaling kepada temannya yang meninggal dan berkata, "Aku adalah Al Quran, yang mana kamu membacanya, kadang-kadang dengan suara yang nyaring dan kadang-kadang dengan suara yang perlahan. Jangan bimbang. Selepas soal siasat daripada Munkar dan Nakir, kamu tidak akan bersedih'.

Selepas soal jawab selesai, lelaki kacak mengaturkan untuknya daripada Al Mala’ul A’laa (malaikat dalam Syurga) tempat tidur daripada sutera yang dipenuhi bauan kasturi.

Rasulullah SAW bersabda : 'Di hari pengadilan, di hadapan Allah, tiada syafaat yang lebih baik darjatnya daripada Al Quran, mahupun daripada nabi atau malaikat’. Renung-renungkanlah dan selamat beramal...

Read more...

Peringatan Buat Diri : Khutbah Terakhir Nabi Muhammad SAW

Khutbah ini disampaikan pada 9 hari bulan Zulhijjah, tahun ke-10 Hijriyah di Lembah Uranah, Gunung Arafah. Renung-renung dan hayatilah...


Wahai manusia, dengarlah baik-baik apa yang hendak kukatakan, aku tidak mengetahui apakah aku dapat bertemu lagi dengan kamu semua selepas tahun ini. Oleh itu dengarlah dengan teliti kata-kataku ini dan sampaikanlah ia kepada mereka yang tidak dapat hadir di sini pada hari ini.

Wahai manusia, sepertimana kamu menganggap bulan ini dan kota ini sebagaisuci, maka anggaplah jiwa dan harta setiap orang muslim sebagai amanah suci. Kembalikan harta yang diamanahkan kepada kamu kepada pemiliknya yang berhak. Janganlah kamu sakiti sesiapapun agar orang lain tidak menyakiti kamu lagi. Ingatlah bahawa sesungguhnya, kamu akan menemui Tuhan kamu dan Dia pasti membuat perhitungan diatas segala amalan kamu. Allah telah mengharamkan riba, oleh itu segala urusan yang melibatkan riba dibatalkan sekarang.

Berwaspadalah terhadap syaitan demi keselamatan agama kamu. Dia telah berputus asa untuk menyesatkan kamu dalam perkara-perkara besar, maka berjaga-jagalah supaya kamu tidak mengikuti dalam perkara-perkara kecil.

Wahai Manusia Sebagaimana kamu mempunyai hak keatas isteri kamu mereka juga mempunyai hak keatas kamu. Sekiranya mereka menyempurnakan hak mereka keatas kamu, maka mereka juga berhak untuk diberi makan dan pakaian dalam suasana kasih sayang. Layanilah wanita-wanita kamu dengan baik dan berlemah-lembutlah terhadap mereka kerana sesungguhnya mereka adalah teman dan pembantu kamu yang setia. Dan hak kamu atas mereka ialah mereka sama sekali tidak boleh memasukkan orang yang kamu tidak sukai ke dalam rumah kamu dan dilarang melakukan zina.

Wahai Manusia, dengarlah bersungguh-sungguh kata-katku ini, sembahlah Allah, dirikanlah sembahyang lima kali sehari, berpuasalah di bulan Ramadhan, dan tunaikankanlah zakat dari harta kekayaan kamu. Kerjakanlah ibadah haji sekiranya kamu mampu. Ketahui bahawa setiap muslim adalah saudara kepada muslim yang lain. Kamu semua adalah sama, tidak seorang pun yang lebih mulia dari yang lainnya kecuali dalam taqwa dan beramal soleh.

Ingatlah, bahawa kamu akan menghadap Allah pada suatu hari nanti untuk dipertanggungjawabkan diatas segala apa yang telah kamu kerjakan. Oleh itu, awasilah agar jangan sekali-kali kamu terkeluar dari landasan kebenaran selepas ketiadaanku.

Wahai manusia, tidak ada lagi nabi atau rasul yang akan datang selepasku dan tidak akan ada lagi agama baru. Oleh itu wahai manusia, nilailah dengan betul dan fahamilah kata-kataku yang telah aku sampaikan kepada kamu. Sesungguhnya aku tinggalkan kepada kamu dua perkara yang sekiranya kamu berpegang teguh dan mengikuti kedua-duanya, necaya kamu tidak akan tersesat selama-lamanya. Itulah ALQURAN dan SUNNAHku.

Hendaklah orang-orang yang mendengar ucapanku, menyampaikan pula kepada orang lain. Semoga yang terakhir lebih memahami kata-kataku dari mereka yang terus mendengar dariku. Saksikanlah Ya Allah, bahawasanya telah aku sampaikan risalahMu kepada hamba-hambaMU.

Read more...

Kelebihan Solat Terawih

>> Monday, August 9, 2010

Berikut adalah merupakan kelebihan solat terawih dari malam pertama hingga malam ketiga puluh :

1. Kelebihan Solat Terawih Malam Pertama
Diampuni dosa orang-orang yang beriman sebagaimana keadaannya baru dilahirkan.

2. Kelebihan Solat Terawih Malam Kedua
Diampunkan dosa orang-orang yang beriman yang mengerjakan solat terawih, serta dosa-dosa kedua ibubapanya.

3. Kelebihan Solat Terawih Malam Ketiga
Para malaikat di bawah ‘Arasy menyeru kepada manusia yang mengerjakan solat terawih itu agar meneruskan solatnya pada malam-malam yang lain. Semoga Allah akan mengampunkan dosa-dosa mereka.

4. Kelebihan Solat Terawih Malam Keempat
Orang-orang yang mengerjakan solat terawih akan memperolehi pahala sebagaimana pahala yang diperolehi oleh orang-orang yang membaca kitab-kitab Taurat, Zabur, Injil dan Al-Quran.

5. Kelebihan Solat Terawih Malam Kelima
Allah SWT akan mengurniakan pahala seumpama pahala orang-orang yang mengerjakan sembahyang di Masjidil Haram, Masjidil Nabawi dan Masjidil Aqsa.

6. Kelebihan Solat Terawih Malam Keenam
Allah SWT akan mengurniakan kepadanya pahala seumpama pahala malaikat-malaikat yang bertawaf di Baitul Makmur sementara setiap batu dan tanah berdoa untuk keampunan orang-orang yang mengerjakan solat terawih pada malam itu.

7. Kelebihan Solat Terawih Malam Ketujuh
Seolah-olah ia dapat bertemu dengan Nabi Musa AS serta menolong baginda menentang musuhnya iaitu Fir’aun dan Hamman.

8. Kelebihan Solat Terawih Malam Kelapan
Allah SWT mengurniakan pahala orang yang bersolat tarawih sebagaimana pahala yang dikurniakan kepada Nabi Ibrahim AS.

9. Kelebihan Solat Terawih Malam Kesembilan
Allah SWT akan mengurniakan pahala dan dinaikkan mutu ibadat hambaNya seperti Nabi Muhammad SAW

10. Kelebihan Solat Terawih Malam Kesepuluh
Allah SWT mengurniakan kepadanya kebaikan dunia dan akhirat.

11. Kelebihan Solat Terawih Malam Kesebelas
Meninggal dunia di dalam keadaan bersih dari dosa seperti baru dilahirkan.

12. Kelebihan Solat Terawih Malam Keduabelas
Akan dibangkitkan pada hari kiamat dengan muka yang bercahaya-cahaya.

13. Kelebihan Solat Terawih Malam Ketigabelas
Akan datang pada hari kiamat dalam keadaan aman sentosa dari sebarang kejahatan dan keburukan.

14. Kelebihan Solat Terawih Malam Keempatbelas
Malaikat-malaikat akan datang menyaksikan mereka yang bersolat terawih serta Allah SWT tidak akan menyesatkan mereka.

15. Kelebihan Solat Terawih Malam Kelimabelas
Semua malaikat yang memikul ‘Arasy dan Kursi akan berselawat dan mendoakannya supaya Allah mengampunkannya.

16. Kelebihan Solat Terawih Malam Keenambelas
Allah SWT menuliskan baginya daripada kalangan mereka yang terlepas dari api neraka dan dimasukkan ke dalam syurga.

17. Kelebihan Solat Terawih Malam Ketujuhbelas
Allah SWT menuliskan baginya pahala pada malam ini sebanyak pahala para nabi.

18. Kelebihan Solat Terawih Malam Kelapanbelas
Malaikat akan menyeru: "Wahai hamba Allah sesungguhnya Allah telah redha denganmu dan dengan kedua ibu bapamu (yang masih hidup atau yang sudah mati)".

19. Kelebihan Solat Terawih Malam Kesembilanbelas
Allah SWT akan meninggikan darjatnya di dalam Syurga Firdaus.

20. Kelebihan Solat Terawih Malam Keduapuluh
Allah SWT mengurniakan kepadanya pahala sekelian orang yang mati syahid dan orang-orang soleh.

21. Kelebihan Solat Terawih Malam Keduapuluh satu
Allah SWT akan membina untuknya sebuah mahligai di dalam syurga yang diperbuat dari cahaya.

22. Kelebihan Solat Terawih Malam Keduapuluh dua
Akan datang pada hari kiamat di dalam keadaan aman daripada sebarang huru-hara.

23. Kelebihan Solat Terawih Malam Keduapuluh tiga
Allah SWT akan membina untuknya sebuah bandar dariapada cahaya di dalam syurga.

24. Kelebihan Solat Terawih Malam Keduapuluh empat
Allah SWT akan membuka peluang untuk dua puluh tahun ibadat bagi orang-orang yang mengerjakan solat terawih pada malam tersebut.

25. Kelebihan Solat Terawih Malam Keduapuluh lima
Allah SWT akan membebaskannya daripada siksa kubur.

26. Kelebihan Solat Terawih Malam Keduapuluh enam
Allah SWT akan mengurniakan pahala empat puluh tahun ibadat bagi orang-orang yang mengerjakan solat terawih pada malam tersebut.

27. Kelebihan Solat Terawih Malam Keduapuluh tujuh
Allah SWT akan mengurniakan kepadanya kemudahan untuk melintasi titian sirat sepantas kilat.

28. Kelebihan Solat Terawih Malam Keduapuluh lapan
Allah SWT akan menaikkan kedudukannya seribu darjat di akhirat.

29. Kelebihan Solat Terawih Malam Keduapuluh sembilan
Allah SWT akan mengurniakan kepadanya pahala seribu haji yang mabrur.

30. Kelebihan Solat Terawih Malam Ketigapuluh
Allah SWT akan memberi penghormatan kepada orang yang bertarawih pada malam terakhir dengan firmanNya (yang bermaksud): "Wahai hambaku!, makanlah segala jenis buah-buahan yang Engkau ingini untuk dimakan di dalam syurga dan mandilah kamu di dalam sungai yang bernama salsabil serta minumlah air dari telaga yang dikurniakan kepada Nabi Muhammad saw yang bernama Al Kautsar".

Read more...

Puasa : Hukum dan Amalan

HUKUM PUASA RAMADHAN

  1. Hukumnya WAJIB berdasarkan nas-nas daripada al-Quran, as-Sunnah dan Ijma’

SIAPA YANG WAJIB BERPUASA?

  1. Muslim
  2. Berakal
  3. Baligh
  4. Sihat dan mampu untuk berpuasa
  5. Menetap bukan musafir
  6. Suci dari haihd dan nifas bagi wanita

RUKUN PUASA

  1. Berniat
  2. Menahan diri dari segala yang membatalkan puasa, semenjak terbit fajar hingga terbenam matahari.

PERKARA YANG MEMBATALKAN PUASA

  1. Makan atau minum dengan sengaja. (Wajib Qadha)
  2. Muntah dengan sengaja. (Wajib Qadha)
  3. Keluar darah haidh atau nifas. (Wajib Qadha)
  4. Mengeluarkan mani. (Wajib Qadha)
  5. Memasukkan bahan bukan makanan ke dalam perut melalui jalan biasa. (Wajib Qadha)
  6. Meniatkan berbuka. (Wajib Qadha)
  7. Bersetubuh (Wajib bayar Kafarat)

AMALAN SUNNAH BERKAITAN BERPUASA

  1. Bersahur
  2. Melambatkan sahur
  3. Menyegerakan berbuka puasa
  4. Berbuka dengan ruthob atau tamar atau air.
  5. Memberi makan untuk berbuka bagi orang yang berpuasa
  6. Berdo’a ketika berpuasa dan sejurus selepas berbuka puasa
  7. Solat tarawih berjamaah
  8. Menjauhi perkara-perkara yang dilarang ALLAH.
  9. Menggosok gigi
  10. Bermurah hati dalam menderma (bersifat dermawan)
  11. Mempelajari dan mentadabbur Al-Quran
  12. Memperbanyakkan ibadah pada sepuluh hari terakhir Ramadhan
  13. Beriktikaf di masjid pada sepuluh hari terakhir
  14. Berusaha untukmendapatkan Lailatul Qadr

PERKARA YANG DIPERBOLEHKAN (TIDAK MEMBATALKAN PUASA)

  1. Keluar air mani secara tidak sengaja
  2. Memakai celak
  3. Menitiskan ubat mata
  4. Mencium isteri
  5. Suntikan ubat
  6. Berbekam
  7. Berkumur-kumur
  8. Memasukkan air ke dalam rongga hidung, tetapi tidak berlebih-lebihan.
  9. Menelan air liur
  10. Berkeadaan junub atau berhadath besar pada waktu Subuh

Semoga Allah SWT mengurniakan kefahaman, hidayah dan taufiqNya buat kita semua dalam usaha kita menjalani ibadah fardhu puasa di bulan Ramadhan dengan sebaik-baiknya. Juga diharapkan agar madrasah Ramadhan Mubarak ini dapat membekaskan jiwa dan ruh kita dengan kemantapan iman, agar menjadi hamba Allah yang bertaqwa, insyaAllah...

Read more...

Selamat Menyambut Ramadhan Al Mubarak

Ramadhan bakal menemui kita dengan izin Allah. Sama-samalah kita berdoa kepada Allah agar kita dipanjangkan umur untuk hidup di bulan yang mulia ini dan diberikan hidayah dan taufiq serta daya kekuatan agar dapat mengambil  segala manfaat dan kebaikan yang terkandung didalamnya. Bagi para muttaqin kehadiran bulan yang penuh barakah ini sangat dinantikan.
 
Selamat Menyambut & Menghayati Ramadhan
Semoga Kita Beroleh Keredhaan & Ketaqwaan

Read more...

Tanaman Percubaan : Nanas Dinar (MD2)

>> Sunday, August 8, 2010

Tanaman percubaan - Nanas Dinar atau lebih dikenali sebagai nanas MD2 ini julung-julung kali di tanam di kawasan utara. Benih daripada teknologi tisu kultur ini diperolehi daripada Encik Zulkifli bin Haji Muhyiddin, salah seorang pengusaha nanas berjaya di Kedah. Nanas varieti ini adalah bersaiz besar dengan purata harga ladang sekitar RM10 sebiji. Lumayan bukan?

Fakta menarik tentang nanas dinar :


  • Nanas Dinar (atau MD2, `Gold Extra Sweet', `Golden Pineapple', `Honey Gold') adalah satu varieti nanas hibrid yang terbaik yang mempunyai nilai komersial yang tinggi di pasaran antarabangsa yang menjadi piawaian global kerana keunikan warna, keharuman aroma, jangka hayat buah yang panjang serta keranuman buahnya yang jauh mengatasi varieti-varieti nanas lain. Ia mempunyai kandungan gula yang tinggi dan mempunyai kulit yang kekuningan apabila matang. Selain itu, ia sentiasa membesar mengikut saiz yang seragam iaitu daripada saiz yang sederhana sehingga kepada saiz yang besar (1.3kg-2.5kg), berbentuk silinder dan bermata besar yang rata. Ia juga mempunyai daun yang lembut dan hijau berbanding varieti lain. Empulurnya manis, lebih kompleks dan kurang serat serta mempunyai 4 kali kandungan vitamin C daripada nanas biasa, tetapi ia kurang berasid.
  • Keunikan pokok Nanas Dinar yang berdaun lembut serta tidak berduri memastikan 30,000 - 35,000 pokok Nanas Dinar boleh ditanam bagi setiap 1 ekar tanah. Secara tradisional, buah nanas yang telah matang hanya boleh dituai selepas 17 - 20 bulan, manakala, buah yang dihasilkan melalui mikro-pembiakan tisu kultur hanya memerlukan masa lebih kurang 12 – 14 bulan untuk dituai.

Sumber : http://asmaagro.blogspot.com/2009/03/
satu-penyelesaian-bagi-pertanian-negara.html

Read more...

Manual Pengurusan Penanaman Nanas Moris

>> Saturday, August 7, 2010


Manual Pengurusan Penanaman Nanas Moris - Format PDF (Klik sini)

Read more...

Ciri-Ciri Nanas Moris


Nanas Moris

Kultivar : Queen

Nama Saintifik : Ananas Comosus

Keluarga : Bromeliaceae

Ciri-ciri Utama :

1. Ciri-ciri Buah :

- Bersaiz kecil dan sederhana. (0.8-1.5 kg)
- Juga dikenali sebagai Nanas Mauritius
- Buah menirus ke hujung
- Berkulit tebal
- Mata buah kecil tetapi menanjal
- Mempunyai empulur kecil dan matanya dalam

2. Ciri-ciri pokok:

- Berdaun pendek, banyak duri dan berwarna hijau gelap kebiru-biruan
- Galak mengeluarkan sulur angin dan kebanyakannya mengeluarkan dua sulur atau lebih, cukup untuk meratun / tanam semula
- Ketahanan yang tinggi terhadap ketegasan persekitaran, perosak dan penyakit
- Rentan terhadap reput keras

3. Isi:

- Warna kuning keemasan apabila masak. Kering dan rangup
- Kandungan asid {OA - 0.6 %}
- Kandungan gula {ISO -170 brix}

4.Taburan Tanaman:

- Banyak ditanam di Malaysia terutama di Johor, di kawasan tanah gambut
- Kitaran pengeluaran {12 bulan}

5. Penggunaan:

- Makan segar

Read more...

Semburan Air Baja Nanas Moris Kali Pertama


Begini rupanya air baja semburan nanas moris. Campuran kapur terhidrat, kuprum sulfat dan zink sulfat. Hampir 19000 pokok nak kena sembur. Boleh tahan...


Read more...

Kordial Nanas & Sos Nanas Bercili

>> Wednesday, July 14, 2010

Satu lagi produk keluaran muslim bumiputera. Rasai keenakan dan kelazatan produk berasaskan nanas yang semakin mendapat tempat di pasaran. Kordial Nanas yang enak diminum sejuk cuma berharga RM 10.00 sahaja. Manakala Sos Nanas Bercili paling sedap dibuat sebagai bahan masakan tiga rasa cuma berharga RM2.00 sahaja.

Sedap rasa anda pasti terpikat!

Untuk pembelian dan pesanan hubungi :
Ustaz Ahmad Bin Hassan
alhazeem02@yahoo.com (email)
013-4895379 (sms)

Read more...

Usaha Tani Nanas Morris

>> Tuesday, July 13, 2010

.:: Aktiviti membajak dan membuat batas ::.

.:: Aktiviti menanam sulur benih nanas morris ::.

.:: Pandangan hadapan - kiri ::.

.:: Pandangan hadapan - kanan ::.

.:: Pandangan belakang - kanan ::.

Read more...

Kalimah Allah

>> Tuesday, July 6, 2010

Lihat tiga titik hitam di tengah-tengah gambar kalimah Allah di atas selama 10 saat, kemudian lihat dinding/ruang kosong yang berhampiran dengan anda. Lihatlah keajaibannya. Subhanallah, rasa sangat kagum dengan ilusi mata kurniaanNya ini..

Read more...

Amalan Pagar Diri & Rumah : Amalan 1

>> Friday, February 26, 2010

Disini diperturunkan amalan memagar diri dan rumah daripada ancaman sihir, pencuri, gangguan makhluk halus dan sebagainya yang diamalkan sejak dahulu lagi oleh para solafussoleh. Amalan ini cukup ringkas namun memerlukan sedikit ketabahan dan usaha yang berterusan (istiqamah).

Amalan ini lazimnya dilakukan selepas solat maghrib. Seeloknya pada hari Selasa bagi memagar diri dan hari Jumaat bagi memagar rumah.

Caranya adalah dengan duduk bertimpuh seperti tahiyat awal dan mengadap ke arah kiblat. Niatkan dalam hati untuk memagar diri daripada segala bentuk ancaman atau gangguan dengan izin Allah. (Peringatan : Jangan campurkan niat memagar diri dan rumah sekali gus, buat berasingan). Pejam mata, tarik nafas dalam-dalam dan tahan. Semasa menahan nafas baca ayat kursi dengan betul dan tertib. Seboleh-bolehnya dengan satu nafas sahaja. Semasa membaca ayat kursi cuba bayangkan di hadapan anda terdapat satu tembok yang amat kukuh yang tidak boleh dicerobohi dan ditembusi oleh sesiapa dan sebarang unsur sekali pun. Selesai sahaja membaca ayat kursi tersebut hembuskanlah nafas dengan perlahan-lahan.

Ulangi semula perbuatan yang sama dan bayangkan tembok yang kukuh berada di bahagian belakang, kiri, kanan, atas dan bawah seolah-olah anda berada dalam satu tembok empat segi yang sempurna. Amalkan setiap bulan atau seafdalnya seminggu sekali. Amalan ini juga boleh diniatkan untuk anak-anak yang masih kecil.

Untuk memagar rumah pula caranya adalah sama seperti di atas namun yang membezakannya adalah niat. Niatkanlah untuk memagar rumah daripada segala ancaman jin, manusia dan sebagainya.

Amalkanlah amalan ini dengan tekun dan sabar. InsyaAllah, hasil yang anda akan dapati nanti amat menakjubkan.

Read more...

Produk-Produk Madaniah Yang Digunakan Untuk Merawat Gejala & Penyakit

Berhenti Rokok / Dadah / Gejala Sosial

1. Qur 30
2. Qalbun
3. Hajati
4. Muslimah (jika wanita) / Al Rijal (jika lelaki)

Gangguan Jin (Makhluk Halus) / Sakit Kronik / Misteri

1. Qur-30
2. Pemusnah Sihir
3. Qalbun
4. Al-Hafiz Spray
5. Muslimah (jika wanita) / Al Rijal (jika lelaki)
6. Garam Mandian Sakinah Beraroma

Stress / Tekanan Perasaan Kuat / Mental / Gila Seumpamanya

1. Qur-30
2. Qalbun
3. Hajati
4. Yasfyin
5. Al-Hafiz Spray
6. Garam Mandian Sakinah

Penyakit Serius Seperti Jantung, Paru-Paru Berair, Buah Pinggang, Batu Karang, Kencing Manis, Darah Tinggi

1. Qur-30
2. Qalbun
3. Hajati
4. Ainun
5. Yasfyin (Jika Perlu)

Produk Lelaki Sejati Mukmin Soleh

1. Qur-30
2. Qalbun
3. Ar-Rijal

Anak Soleh / Solehah

1. Qur-30
2. Qalbun
3. Sibyan
4. Hajati

Produk Wanita Sejati Mukminah Solehah

1. Qur-30
2. Qalbun
3. Muslimah

Kecantikan / Keayuan / Seri Wajah Untuk Wanita Solehah

1. Qur-30
2. Muslimah
3. Minyak Aromaterapi Zabarjad
4. Garam Mandian Sakinah
5. Ainun

Read more...

Salam Maulidur Rasul

>> Thursday, February 25, 2010

Read more...

Rx-Water : Terapi Air Penyembuh Aura

Sistem Rx-Water® adalah penemuan terbaru didalam teknologi penulenan air sejagat. Ia suci, bersih dan boleh memecahkan molekul air menjadi sekecil mungkin supaya ia mudah diserap ke dalam sel-sel badan dan sistem darah yang kemudiannya akan diedarkan ke seluruh tubuh badan dan menjadikan anda sihat daripada kepala hingga ke kaki.

Memang sudah diketahui umum bahawa kualiti air yang kita minum memberi kesan kepada kualiti air didalam badan dan sel-sel badan kita. Mengambil air yang berkualiti rendah dalam jangkamasa yang lama akan merosakkan sel-sel tisu di dalam badan dan secara tidak langsung akan membawa kepada penyakit yang tidak diingini. Oleh itu tidak hairanlah air memang sudah diiktiraf di mata dunia sebagai satu rahsia kepada kehidupan yang sihat dan panjang hayat.

Prinsip yang digunakan untuk Terapi Rx-Water® adalah melalui cara penyembuhan dengan menggunakan air sebagai media utama. Fikiran yang positif, zikir, percakapan dan tenaga serta semangat untuk sihat boleh di pindahkan kepada Rx-Water TM melalui gegaran. Justeru,apabila kita minum air itu, tenaga positif ini akan dipindahkan kepada sel-sel dalam badan kita dan ini akan membantu proses penyembuhan.

Kita harus sedar bahawa air yang bersih, suci dan berkualiti mempunyai sumber tenaganya yang tersendiri dan kebanyakkan prinsip perubatan kuno adalah juga berasakan air, bukan sahaja dari segi rawatan untuk simptom-simptom yang tertentu, tetapi juga ia merupakan sebagai sumber kepada kehidupan dan kesihatan kita. Inilah yang menjadi asas Terapi Air Penyembuh Aura Rx-Water®.

Perlulah diingati bahawa sebelum anda minum Rx-Water®, mintalah dengan nama Tuhan yang Maha Kuasa, kesihatan yang anda inginkan untuk tubuh badan anda dan hembuskanlah permintaan anda itu ke dalam Rx-Water®. Berlainan kaedah boleh dilakukan bergantung kepada keadaan.

Rx-Water Filter (Penapis Air Rx) boleh didapati dengan harga...

RM 1980.00 - harga ahli*
@
RM 2380.00 - bukan harga ahli

Pemasangan adalah percuma!!!

"BERSAMA MENYOKONG PRODUK KELUARAN MUSLIM"

Hubungi:
Ustaz Ahmad bin Hassan
019-5120824


*Yuran keahlian adalah sebanyak RM 70 sahaja

Read more...

Kedai Serbaneka Halal

Semasa membeli-belah barangan keperluan dapur di pasar raya atau kedai serbaneka, pernahkah kita bertanya sejauh mana sucinya sesuatu produk yang dijual?

Bagi pengguna Muslim, suci atau bersihnya sesuatu produk itu penting kerana ia sebahagian daripada garis halal yang perlu diketahui.

Bukan sahaja barangan berasaskan makanan, malah produk pengguna lain juga perlu melepasi tahap kesucian ini misalnya sabun mandi, serbuk pencuci, kosmetik, barangan kebersihan diri sehinggalah pakaian.

Mungkin kerana pembungkusannya yang cantik atau dikeluarkan oleh syarikat besar, maka kita beranggapan faktor bersih dan suci itu telah dipatuhi hinggakan tidak mengambil kira tentang kesahihan label halalnya.

Isu berhubung halal haram sentiasa menghantui pengguna Muslim terutama beberapa pendedahan media sebelum ini misalnya mengenai tahap kebersihan sebuah kilang roti, pusat penyembelihan ayam yang meragukan dan pusat memproses tauhu kering yang terletak bersebelahan kandang anjing.

Walaupun telah ada syarikat milik orang Islam mengeluarkan produk-produk pengguna seperti ini, tetapi adakalanya faktor pemasaran menyebabkan ia sukar dicari pembeli. Jika ada dijual di pasar-pasar raya besar, susun aturnya pula tersorok di sebalik jenama lain.

Menyedari ada keperluan dalam kalangan pengguna-pengguna Muslim tempatan, Koperasi Halal Hub Kedah Berhad (Kohalal Hub) tampil dengan kedai runcit yang memasarkan hanya produk-produk halal yang dikeluarkan oleh usahawan Muslim.

Konsep kedai serbaneka dengan nama 'ie-mart' (sebutannya i-mart) yang seumpamanya ini mula diperkenalkan pada April lalu bagi memasarkan barangan runcit halal di bawah satu bumbung.

Berbeza dengan kedai serbaneka biasa, ie-mart menjalankan perniagaan selama 17 jam sahaja bermula pukul 7 pagi hingga 12 malam.

Beroperasi di Pusat Perniagaan Putra, dekat Kulim, Kedah, konsep ie-mart yang menjalankan perniagaan berasaskan produk Muslim kepada pengguna beragama Islam ini pantas mendapat sambutan menggalakkan daripada pengguna-pengguna setempat.

Bertitik-tolak daripada ini, cawangan kedua mula beroperasi di Sungai Petani awal bulan lalu. Ia bakal disusuli tiga cawangan lain iaitu di Kedah (Alor Setar) dan Pulau Pinang (Bukit Mertajam dan Balik Pulau) dalam masa terdekat.

"Maklum balas yang diterima meyakinkan Kohalal Hub untuk mengorak langkah membuka lebih banyak cawangan kedai serbaneka ie-mart di seluruh negara," ujar Pengerusinya, Mohd. Nasir Yusoff.

Bersama dua rakannya, Mohd. Azman Mohamad yang juga bendahari Kohalal Hub dan Jamaluddin Ahmad selaku pengurus pemasaran, mereka berkongsi idea menubuhkan koperasi ini.

Menurut beliau, Kohalal Hub merupakan antara koperasi pertama di Malaysia mewujudkan peruncitan islamik yang menggunakan sepenuhnya tenaga dan kemahiran tempatan dalam operasi koperasi.

Katanya, menggunakan tagline 'Peneraju Halal-Hub', misi perniagaan mereka ialah bagi menjalankan muamalah bersama ahli dan pihak-pihak lain secara koperasi.

"Dengan kedai serbaneka ie-mart, Kohalal Hub berhasrat menyediakan perkhidmatan runcit yang kukuh dan diyakini berlandaskan hukum syarak agar dapat memberikan keuntungan dan haiyah taibah (kehidupan yang baik) kepada ahli-ahli koperasi

"Melalui rantaian niaga pula, kita ingin tingkatkan ekonomi masyarakat Islam tempatan melalui produk makanan halal supaya setanding dengan keluaran produk sedia ada di pasaran dalam memenuhi tuntutan keperluan ekonomi," jelasnya.

Seperti kedai serbaneka lain, ia menawarkan kira-kira 1,000 item keperluan seperti barangan dapur, produk herba, produk kesihatan, makanan kering dan basah termasuklah serbuk pencuci serta haruman, tetapi semuanya halal dan suci.

Hampir 80 peratus barangannya merupakan produk IKS Muslim tempatan di mana kira-kira 65 peratus dibekalkan oleh pengusaha IKS dari negeri Utara tanah air dan Johor. Kesemuanya mendapat status halal daripada Jabatan Kebajikan Islam Malaysia (Jakim) selain yang dihasilkan sendiri secara kecil-kecilan di rumah seperti kuih muih sejuk beku segera.

Menurut Mohd. Nasir, melalui perniagaan runcit ini, Kohalal Hub memasarkan produk-produk IKS Muslim ini secara sistematik selain menjamin kebersihan dan kesucian produk-produk yang dihasilkan sama ada produk perniagaan atau perkhidmatan kepada seluruh rakyat Malaysia.

"Sebenarnya ada banyak produk halal keluaran IKS bumiputera Muslim tempatan yang kualitinya setanding dengan jenama lain tetapi pada harga lebih murah sesuai dengan ekonomi semasa pengguna.

"Dengan pelan pemasaran yang strategik termasuk pemilikan Pusat Hub Halal, objektif untuk meningkatkan ekonomi masyarakat Islam umumnya dan ahli koperasi khususnya, membantu meningkatkan tabungan dan simpanan anggota koperasi melalui program perniagaan boleh dicapai," jelasnya.

Bagi meluaskan lagi konsep ie-mart, Kohalal Hub menawarkan konsep pemilikan cawangan ala francais kepada mereka yang berminat menceburi perniagaan runcit ini.

Rantaian operasinya ialah menerusi usahawan rakan niaga (ie-mart), usahawan Muslim (Kohalal Hub), Suruhanjaya Koperasi Malaysia (SKM) dan Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan (KPDNKK) seterusnya kepada pemilik (usahawan) sekali gus menjadikannya sebagai kerjaya pilihan.

"Secara tidak langsung lebih ramai usahawan Muslim dapat dihasilkan melalui program rakan niaga ini. Lantaran itu, dapat memacu ekonomi masyarakat Islam," jelas Pengurus Pemasaran Kohalal Hub, Jamaluddin Ahmad.

Menerusi pakej niaga yang disediakan, ia terbuka kepada usahawan atau bakal usahawan peruncitan untuk membuka kedai serbaneka berkonsepkan produk Muslim di seluruh negara.

Menjelaskan lebih lanjut katanya, empat pakej ditawarkan mengikut kemampuan peserta iaitu pakej A bagi modal permulaan RM10,000, B (RM30,000), C (RM60,000) dan D (RM200,000).

Menurut Jamaluddin, modal bagi pakej A dan B dibiayai oleh usahawan. Sementara itu, bagi mereka yang ingin membuat pinjaman bagi pakej C dan D, hendaklah mempunyai modal permulaan kira-kira 30 peratus dengan urusan pinjaman dibantu oleh koperasi.

"Modal RM10,000 misalnya sesuai bagi mereka yang hendak berniaga secara kecil-kecil seperti menggunakan motosikal roda tiga atau mini van terutama di kawasan perumahan.

"Modal RM30,000 sesuai untuk kios kecil seperti di pasar awam manakala RM60,000 untuk gerai kecil dan modal RM200,000 pula bagi sebuah kedai serbaneka lengkap.

"Kos ini bagaimanapun hanyalah bagi produk-produk runcit yang dibekalkan sahaja. Tetapi selaku ahli Kohalal Hub, kita akan pastikan peserta mempuyai rancangan perniagaan, selain pemilihan lokasi yang baik," katanya.

Menjelang tahun hadapan, Kohalal Hub menyasarkan untuk membuka kira-kira 50 hingga 100 kedai serbaneka ie-mart di seluruh negara termasuk Sabah dan Sarawak dan angka ini boleh dicapai berdasarkan permintaan yang diterima setakat ini.

Ditanya tentang kemampuan bekalan, Jamaluddin berkata, sebuah Pusat Pengumpulan Bekalan yang diberi nama Pusat Halal Hub telah dibuka di Shah Alam, Selangor, sebelum tiga lagi dibuka iaitu di Kedah, Johor dan Kelantan.

"Selain merealisasikan harapan dan dasar kerajaan bagi menjadikan keusahawanan sebagai kerjaya pilihan, misi Kohalal Hub ialah agar pengguna-pengguna Islam dapat menikmati perkhidmatan penyediaan produk-produk halal daripada rangkaian usahawan Muslim sendiri," ujar nya.

Saya telah pun menyertai program niaga ini. Anda Bila Lagi?
Berminat???
Layari Koperasi Halal Hub Kedah Berhad

"BERSAMA MENYOKONG PRODUK KELUARAN MUSLIM"

Sumber : Kosmo!

Read more...

Produk Madaniah : Minyak Aromaterapi Zabarjad

Sebagai ikhtiar untuk urutan dan kecantikan.

Kelebihan :
Bertindak sebagai agen penuaan dan kecantikan asli serta menyerikan tubuh dan wajah.

Harga :
RM 59.00 (Semenanjung)
RM 64.00 (Sabah / Sarawak)

Isi :
150 ml

Untuk pembelian dan pesanan hubungi :
Ustaz Ahmad Bin Hassan
alhazeem02@yahoo.com (email)
013-4895379 (sms)

Read more...

Produk Madaniah : Sibyan (Kanak-Kanak)

Sebagai ikhtiar untuk tumbesaran dan IQ serta kesihatan kanak-kanak.

Kelebihan :
Membantu proses tumbesaran minda dan jasmani yang menjurus kepada sifat anak soleh dan mengurangkan 'hyperactive'.

Harga :
RM 31.00 (Semenanjung)
RM 37.00 (Sabah / Sarawak)

Isi :
120 ml

Untuk pembelian dan pesanan hubungi :
Ustaz Ahmad Bin Hassan
alhazeem02@yahoo.com (email)
013-4895379 (sms)

Read more...

Produk Madaniah : Al-Rijal

Sebagai ikhtiar untuk kesejahteraan dan kehebatan lelaki serta kepimpinan.

Kelebihan :
Menambah tenaga kelakian sejati dan menguatkan sistem ketahanan badan serta menjurus kepada sifat orang mukmin yang soleh.

Harga :
RM 60.00 (Semenanjung)
RM 66.00 (Sabah / Sarawak)

Isi :
120 ml

Untuk pembelian dan pesanan hubungi :
Ustaz Ahmad Bin Hassan
alhazeem02@yahoo.com (email)
013-4895379 (sms)

Read more...

Produk Madaniah : Rezqi & Niaga Spray

Sebagai ikhtiar untuk membuka pintu rezeki dan laris perniagaan.

Kelebihan :
Menghasilkan aura positif yang kuat bagi menarik pelanggan dalam urusniaga serta mengelakkan dari unsur-unsur jahat.

Harga :
RM 36.00 (Semenanjung)
RM 42.00 (Sabah / Sarawak)

Isi :
120 ml

Untuk pembelian dan pesanan hubungi :
Ustaz Ahmad Bin Hassan
alhazeem02@yahoo.com (email)
013-4895379 (sms)

Read more...

Produk Madaniah : Air Tenaga Gelombang

Sebagai ikhtiar untuk kesihatan, kesegaran jasmani dan rohani.

Kelebihan :
Membantu memulihkan tenaga rohani dan jasmani dan menguatkan sistem ketahanan badan. Sesuai untuk para pelajar dan atlit sukan.

Harga :
RM 48.00 (Semenanjung)
RM 84.00 (Sabah / Sarawak)

Isi :
550 ml x 24 botol

Harga :
RM 54.00 (Semenanjung)
RM 72.00 (Sabah / Sarawak)

Isi :
1.5 liter x 12 botol

Harga :
RM 10.50 (Semenanjung)
RM 13.50 (Sabah / Sarawak)

Isi :
550 ml x 1 botol

Untuk pembelian dan pesanan hubungi :
Ustaz Ahmad Bin Hassan
019-5120824

Read more...

Produk Madaniah : Baja Tumbuhan

Sebagai ikhtiar untuk kesuburan dan penghasilan tanaman serta mengelak sebarang jenis penyakit.

Kelebihan :
Bertindak sebagai sumber protein yang hebat dan perlindungan daripada sebarang gangguan makhluk perosak tanaman.

Harga :
RM 59.00 (Semenanjung)
RM 64.00 (Sabah / Sarawak)

Isi :
250 ml

Untuk pembelian dan pesanan hubungi :
Ustaz Ahmad Bin Hassan
alhazeem02@yahoo.com (email)
013-4895379 (sms)

Read more...

Produk Madaniah : Garam Mandian Sakinah Beraroma

Sebagai ikhtiar untuk membangkitkan semangat, ketenangan emosi dan pendinding dari sebarang gangguan halus.

Kelebihan :
Membantu mengatasi masalah keletihan badan, memulihkan semangat dan boleh mengeluarkan unsur-unsur negatif termasuk gangguan halus.

Harga :
RM 67.00 (Semenanjung)
RM 73.00 (Sabah / Sarawak)

Isi :
150 ml

Untuk pembelian dan pesanan hubungi :
Ustaz Ahmad Bin Hassan
alhazeem02@yahoo.com (email)
013-4895379 (sms)

Read more...

Produk Madaniah : Minyak Angin Terapi Furqan

Sebagai ikhtiar untuk masalah urat saraf, luka-luka dan bisa-bisa.

Kelebihan :
Menghilangkan kesakitan, jangkitan kulat, mematikan kuman, bertindak sebagai antiseptik, sesuai untuk segala jenis bisa sengatan.

Harga :
RM 36.00 (Semenanjung)
RM 42.00 (Sabah / Sarawak)

Isi :
120 ml

Untuk pembelian dan pesanan hubungi :
Ustaz Ahmad Bin Hassan
alhazeem02@yahoo.com (email)
013-4895379 (sms)

Read more...

Produk Madaniah : Resdung Drop

Sebagai ikhtiar untuk masalah resdung, gatal-gatal dan selalu bersin.

Kelebihan :
Menghilangkan alahan dan penyakit yang berkaitan resdung, sesuai bagi yang selalu bersin.

Harga :
RM 27.00 (Semenanjung)
RM 33.00 (Sabah / Sarawak)

Isi :
10 ml

Untuk pembelian dan pesanan hubungi :
Ustaz Ahmad Bin Hassan
alhazeem02@yahoo.com (email)
013-4895379 (sms)

Read more...

Produk Madaniah : Pemusnah Sihir

Sebagai ikhtiar untuk masalah sihir, santau, gangguan halusinasi dan misteri.

Kelebihan :
Sesuai untuk segala jenis penyakit yang kronik dan yang berpunca daripada masalah sihir, santau dan gangguan jin.

Harga :
RM 57.00 (Semenanjung)
RM 63.00 (Sabah / Sarawak)

Isi :
120 ml

Untuk pembelian dan pesanan hubungi :
Ustaz Ahmad Bin Hassan
alhazeem02@yahoo.com (email)
013-4895379 (sms)

Read more...

Produk Madaniah : Ainun

Sebagai ikhtiar untuk mata, hidung dan telinga.

Kelebihan :
Segala masalah berkaitan mata - selaput, rabun, buta, rasa sakit, telinga berdesing atau pekak.

Harga :
RM 23.00 (Semenanjung)
RM 29.00 (Sabah / Sarawak)

Isi :
10 ml

Untuk pembelian dan pesanan hubungi :
Ustaz Ahmad Bin Hassan
alhazeem02@yahoo.com (email)
013-4895379 (sms)

Read more...

Produk Madaniah : Al Hafiz Spray

Sebagai ikhtiar keselamatan dan perlindungan

Kelebihan :
Untuk keselamatan diri sendiri, rumah, kedai, kenderaan, harta-benda, histeria dan mengelak gangguan manusia, jin dan syaitan

Harga :

RM 36.00 (Semenanjung)
RM 42.00 (Sabah / Sarawak)

Isi :
120 ml

Untuk pembelian dan pesanan hubungi :
Ustaz Ahmad Bin Hassan
alhazeem02@yahoo.com (email)
013-4895379 (sms)

Read more...

Produk Madaniah : Qalbun

Sebagai ikhtiar untuk penerang hati, lembut hati dan kuat semangat.

Kelebihan :
Sebagai ikhtiar untuk penerang hati, kuat semangat, menyelesaikan masalah seperti mudah takut, pemalu, pendiam, mudah menangis, gelisah, kuat ingatan dan kecerdikan

Harga :
RM 31.00 (Semenanjung)
RM 37.00 (Sabah / Sarawak)

Isi :
120 ml

Untuk pembelian dan pesanan hubungi :
Ustaz Ahmad Bin Hassan
alhazeem02@yahoo.com (email)
013-4895379 (sms)

Read more...

Produk Madaniah : Hajati

Sebagai ikhtiar untuk mendapatkan segala hajat zahir dan batin.

Kelebihan :
Untuk segala hajat di dalam kehidupan seharian seperti mencari rezeki, lulus peperiksaan dan mutu kerja.

Harga :
RM 31.00 (Semenanjung)
RM 37.00 (Sabah / Sarawak)

Isi :
120 ml

Untuk pembelian dan pesanan hubungi :
Ustaz Ahmad Bin Hassan
alhazeem02@yahoo.com (email)
013-4895379 (sms)

Read more...

Produk Madaniah : Yasyfin

Sebagai ikhtiar untuk masalah kesihatan zahir dan batin.

Kelebihan :

Menyelesaikan masalah penyakit biasa berpunca dari masalah darah, saraf, tulang, sendi dan kulit.

Harga :
RM 31.00 (Semenanjung)
RM 37.00 (Sabah / Sarawak)

Isi :
120 ml

Untuk pembelian dan pesanan hubungi :
Ustaz Ahmad Bin Hassan
alhazeem02@yahoo.com (email)
013-4895379 (sms)

Read more...

Produk Madaniah : Muslimah

Sebagai ikhtiar untuk kesejahteraan wanita, ibu mengandung dan zuriat.

Kelebihan :

Menaikkan seri wajah, mencantikkan tubuh badan, menyelesaikan masalah berkaitan kesihatan wanita termasuk haid, keputihan, senggugut dan ikhtiar untuk mendapatkan zuriat, sesuai untuk ibu mengandung serta pengikat kasih sayang suami.

Harga :
RM 31.00 (Semenanjung)
RM37.00 (Sabah / Sarawak)

Isi :
120 ml

Untuk pembelian dan pesanan hubungi :
Ustaz Ahmad Bin Hassan
alhazeem02@yahoo.com (email)
013-4895379 (sms)

Read more...

Produk Madaniah : Qur 30

Sebagai ikhtiar untuk mendapatkan keberkatan Roh Al-Quran 30 Juzuk dan untuk kabul hajat.

Kelebihan :

Untuk segala hajat besar dan segera. Merungkai rahsia-rahsia misteri Al-Quran bagi menyelesaikan pelbagai masalah. Membantu mencapai tahap optimum untuk produk Madaniah yang lain jika dicampurkan.

Harga :
RM 70.00 (Semenanjung)
RM 76.00 (Sabah / Sarawak)

Isi :
120 ml

Untuk pembelian dan pesanan hubungi :
Ustaz Ahmad Bin Hassan
alhazeem02@yahoo.com (email)
013-4895379 (sms)

Read more...

  © Blogger templates Shiny by Ourblogtemplates.com 2008

Back to TOP