Showing posts with label Ucapan. Show all posts
Showing posts with label Ucapan. Show all posts

Hamidon Ahmad Dalam Kenangan

>> Friday, December 6, 2013

Hari ini genap 40 hari kepulangan Hamidon bin Ahmad ke rahmatullah. Seorang insan yang jika dilihat tampak tegas dan garang tapi sebaliknya seorang yang mudah mesra, penyayang, suka pada kanak-kanak dan suka menolong orang tanpa mengira latar belakang. Menghabiskan lebih separuh daripada usianya di German apabila merantau ke bekas negara nazi itu seawal usia 17 tahun setelah menamatkan pelajaran di salah sebuah sekolah elit di utara semenanjung. Berpegang dengan mazhab maliki dan berkebolehan bertutur pelbagai bahasa seperti bahasa inggeris, bahasa arab, bahasa german, bahasa cina, bahasa siam, bahasa itali dan sebagainya.

Sejak pulang dari luar negara 5 tahun lepas beliau menetap di Pulau Pinang bersama keluarganya. Berkahwin pada lewat usia dan dikurniakan seorang cahayamata perempuan berumur 11 tahun. Hubungan arwah dengan aku sekeluarga amat rapat sekali lebih-lebih dengan anak-anakku; Madihah dan Munif. Paling kurang 3 minggu sekali arwah pasti datang ke rumah membawa bersama potato chips dan aiskrim kegemaran anak-anakku. Sehingga kini anak-anakku asyik menyebut nama arwah. 

Arwah juga dikenali sebagai seorang yang kuat pegangan agamanya. Menghafaz kebanyakan surah daripada Al Quran, sentiasa berzikir dan apabila berwirid mengambil masa yang cukup lama. Maka tidak hairanlah apabila beliau menghembuskan nafasnya yang terakhir ketika sedang menunaikan solat subuh di rumahnya sendiri dengan meninggalkan wajah yang manis berseri-seri sebagai tatapan terakhir ahli keluarga dan hadiah daripada Allah buat insanNya yang soleh.

Satu persatu kebesaran dan kekuasaan Allah ditunjukkan kepada hambaNya itu; hujan mencurah-curah ketika jenazahnya dimandikan, tidak meninggalkan sebarang kesan najis walaupun perutnya ditekan berulang kali, dasar kubur yang tidak menakung air walaupun sebelum itu hujan turun dengan lebat sekali (padahal dalam situasi yang sama kubur di sebelahnya berair sewaktu pengebumian dahulu), tanah yang tidak melekat walaupun lembab dibasahi hujan, disembahyangkan lebih 400 orang jemaah dengan dipimpin oleh saudaranya Pak Long Syi (imam besar Masjid Tualang). Apa yang menariknya arwah adalah individu pertama yang disembahyangkan di masjid yang baru sahaja siap dibina (Masjid Al Islah, Kampung Nawa) dengan disinari lampu yang dibeli arwah di luar negara. 

Setelah arwah tiada segala kebaikan dan jasa arwah sentiasa diceritakan orang dan menjadi bualan di sekitar kampung. Dialah Hamidon bin Ahmad. Anak kepada pasangan Ahmad bin Ismail dan Mariam binti Samad. Bapa saudaraku yang sangat dikasihi. Semoga Allah mengampunkan segala dosa-dosanya dan menempatkan arwah bersama hamba-hambaNya yang beriman. Amin...

Read more...

Belasungkawa : Mohamed bin Mat Nor pulang ke pangkuan rahmat Rabbul Jalil

>> Sunday, August 25, 2013



Al Fatihah untuk bapa mertuaku; Mohamed bin Mat Noor yang teleh kembali ke rahmatulLah pada awal pagi 24 Ogos 2013. Redha dengan pemergian arwah yang cukup dikenali sebagai seorang yang warak, baik hati, berakhlak mulia, tinggi budi pekerti dan selalu memberikan nasihat. Cukup terasa kehilangannya. Walaupun diri dan isteri tidak berkesempatan untuk menatap arwah buat kali terakhir sebelum disemadikan namun riak wajahnya cukup untuk menjelaskan segala-galanya. Semoga rohnya dicucuri rahmat dan ditempatkan bersama hamba-hambaNya yang soleh. Amin...

Read more...

Selamat Menyambut Ramadhan Al Mubarak 1432

>> Sunday, July 31, 2011




Read more...

Salam Maulidur Rasul - Muhammad : The Choosen One

>> Monday, February 14, 2011

Read more...

Selamat Menyambut Tahun Baru Hijrah 1432

>> Monday, December 6, 2010

Read more...

Selamat Hari Raya Idulfitri

>> Saturday, September 11, 2010

Read more...

Selamat Menyambut Ramadhan Al Mubarak

>> Monday, August 9, 2010

Ramadhan bakal menemui kita dengan izin Allah. Sama-samalah kita berdoa kepada Allah agar kita dipanjangkan umur untuk hidup di bulan yang mulia ini dan diberikan hidayah dan taufiq serta daya kekuatan agar dapat mengambil  segala manfaat dan kebaikan yang terkandung didalamnya. Bagi para muttaqin kehadiran bulan yang penuh barakah ini sangat dinantikan.
 
Selamat Menyambut & Menghayati Ramadhan
Semoga Kita Beroleh Keredhaan & Ketaqwaan

Read more...

Salam Maulidur Rasul

>> Thursday, February 25, 2010

Read more...

  © Blogger templates Shiny by Ourblogtemplates.com 2008

Back to TOP