Rayuan Dana Pembiayaan Surau Kampung Nawa

>> Friday, October 7, 2011


Kepada saudara/sahabatku yang budiman sekalian diharapkan apalah kiranya dapat menyumbang seikhlas dan semampu yang boleh untuk menyiapkan sebuah surau (di Kampung Nawa) yang kini dalam pembinaan. Anggaran kos pembinaan adalah sebanyak RM90k. Jumlah yang terkumpul setakat ini lebih kurang RM25k. Bantuan berupa bahan binaan juga diterima.

Sumbangan boleh disalurkan ke akaun Bank Islam - 02075020321242. Untuk keterangan lanjut boleh hubungi 017-5450316 / 017-4431738 (Paksu Halim) atau sila rujuk pada imej banner yang di atas.

Jazakumullahu khairan jaza' atas segala sumbangan dan bantuan yang kalian berikan...

Read more...

Cepat! Cepat! Jawatan Kosong, Pendapatan Lumayan

>> Sunday, July 31, 2011

Jawatan Kosong

Jawatan kosong yang ganjarannya paling lumayan pada bulan puasa ini. Boleh jadi jutawan!

Kelayakan:
  1. Akil baligh
  2. Lelaki atau perempuan
  3. Tidak gila
  4. Tidak uzur syari’e
Habuan Ganjaran:
  1. Solat fardhu sendirian diberi ganjaran oleh Allah swt sebanyak 1 pahala.
  2. Solat fardhu berjemaah diberi ganjaran oleh Allah swt sebanyak 27 pahala.
  3. Solat fardhu berjemaah seseorang yang berkahwin diberi ganjaran pahala 10 kali ganda iaitu 270 pahala.
  4. Solat fardhu berjemaah seseorang yang berkahwin dalam bulan Ramadhan diberi ganjaran pahala 70 kali ganda iaitu 18900 pahala.
  5. Solat fardhu seseorang itu 5 kali sehari semalam diberi ganjaran oleh Allah swt sebanyak 94500 pahala.

Mari kita tukarkan dalam nilai ringgit :
  1. Solat fardhu sendirian diberi ganjaran oleh allah swt sebanyak RM 1.00
  2. Solat fardhu berjemaah diberi ganjaran pahala oleh allah swt sebanyak RM 27.00
  3. Solat fardhu berjemaah seseorang yang berkahwin diberi ganjaran pahala 10 kali ganda iaitu RM 270.00
  4. Solat fardhu berjemaah seseorang yang berkahwin dalam bulan Ramadhan diberi ganjaran pahala 70 kali ganda iaitu RM 18,900.00
  5. Solat fardhu seseorang itu 5 kali sehari semalam diberi ganjaran oleh Allah swt sebanyak RM 94,500.00 satu hari!!!

Pahala solat dalam 30 hari dalam bulan Ramadhan RM 2,835,000.00 !


MasyaAllah kita sudah jadi jutawan hanya dalam bulan Ramadhan sahaja!

Nabi saw memberitahu sekiranya kita membaca Al Quran sebagai contoh Alif Lam Mim maka Allah akan memberikan pahala atas setiapnya. Sahabat pun bertanya adakah satu perkataan itu satu pahala. Nabi saw memberitahu bukan begitu sebaliknya Allah swt memberikan pahala Alif 1 pahala Lam 1 pahala dan Mim 1 pahala.

Apabila kita baca Al Quran dalam bulan Ramadhan ini dan ditukarkan dalam RM berapakah jumlah yang kita dapat?

Bagaimana pula dengan zikir, sedekah, solat sunat, zakat, puasa, ibadah pada malam Qadar dan lain-lain lagi?

Sesungguhnya Allah swt itu Maha Pemurah lagi Maha Kaya. Tidak ada satu pun perniagaan, pekerjaan, multi level marketing, jutawan internet dan lain-lain dalam dunia yang mampu menawarkan bonus sebanyak ini!

Bagaimana pula dengan anda? Masih nak jadi papa kedana atau nak jadi jutawan! Ayuh, ajaklah keluarga, rakan dan yang lainnya menyertai kami menjadi jutawan dan jangan lepaskan peluang ini sebelum terlambat.

Sesungguhnya RM1.00 tak mungkin sama nilai dengan 1 pahala di sisi Allah swt. Hanya Allah sahaja yang tahu berapa besarnya nilai satu-satu pahala itu. Renung-renungkanlah dan selamat beramal.

Read more...

Selamat Menyambut Ramadhan Al Mubarak 1432




Read more...

Tawaran Bantuan Pertanian Daripada Jabatan Pertanian Pokok Sena

>> Saturday, July 30, 2011

Alhamdulillah, bersyukur ke hadrat Allah Taala kerana dengan IradahNya jua baru-baru ini Jabatan Pertanian Pokok Sena telah menawarkan pakej bantuan untuk mengusahakan tanaman nanas moris secara padat. Jika sebelum ini penanaman secara konvensional boleh memuatkan hampir 30 000 pokok per hektar namun dengan teknologi terbaru ini 80 000 pokok boleh ditanam dengan keluasan yang sama. Bantuan yang ditawarkan adalah meliputi benih / sulur nanas, baja pokok, baja buah dan juga racun rumpai.

Kaedah penanaman secara padat ini merupakan julung-julung kali bakal dilaksanakan dalam daerah Pokok Sena sebagai perintis dan model kepada pengusaha tanaman nanas yang lain. Kepada staff Jabatan Pertanian Pokok Sena terutamanya Puah Faizah berbanyak-banyak terima kasih diucapkan.

Untuk memahami dengan lebih lanjut kaedah penanaman nanas moris secara padat boleh klik di sini "Kaedah Konvensional Akan Menjadi Lipatan Sejarah"

Read more...

Perjumpaan Pengusaha Nanas Negeri Kedah

>> Tuesday, June 7, 2011

Perjumpaan pengusaha-pengusaha nanas negeri Kedah bersama Jabatan Pertanian Negeri serta Exco Pertanian Negeri Kedah; Dato' Ir. Amiruddin Hamzah telah diadakan di bilik seminar Jabatan Pertanian Negeri Kedah pada 4 Jun yang lepas. Perjumpaan ini merupakan julung-julung kali diadakan sejak tanaman nanas secara komersil mula diperkenalkan di negeri ini sejak awal 2009 lagi.

Dato' Ir. Amiruddin Hamzah dalam ucapan perasmiannya menyatakan komitmen kerajaan negeri dalam memajukan sektor pertanian demi merealisasikan hasrat untuk menjadikan Kedah sebagai Belanda Timur (Hub Pengeluaran Makanan Negara). Sementara itu En. Mohamed Bukhori Abdul Rahman selaku Timbalan Pengarah Pertanian Negeri (Pengembangan) dalam taklimat yang disampaikan menyentuh mengenai teknologi semasa nanas dan potensi pengeluaran nanas di negeri ini.

Perjumpaan ini menjadi lebih bermakna apabila para pengusaha nanas yang hadir bersetuju untuk membentuk jawatankuasa penaja sebelum persatuan pengusaha nanas yang sebenar diwujudkan. Hadirin yang hadir telah bersetuju sebulat suara untuk melantik En. Abd. Halim Hamid sebagai pengerusi penaja dengan dibantu oleh En. Abu Hassan Man. Penubuhan persatuan ini diharap dapat mengukuhkan kerjasama antara para pengusaha nanas dan jabatan pertanian serta menyelesaikan setiap masalah yang timbul demi kemaslahatan bersama. Perjumpaan ini juga telah menjadi satu platform kepada pengusaha-pengusaha nanas untuk bertukar-tukar pandangan dan idea bagi meningkatkan produktiviti tanaman masing-masing.

Tahniah dan terima kasih diucapkan kepada pihak Jabatan Pertanian Negeri Kedah kerana dapat mengatur perjumpaan seperti ini. Diharapkan agar usaha yang dijalankan ini menjadi titik tolak kepada kejayaan perusahaan nanas di negeri Kedah Darul Aman.

.:: Taklimat sedang disampaikan oleh En. Mohamed Bukhori Abdul Rahman ::.


.:: Sesi taaruf oleh peserta-peserta yang hadir (kelihatan En. Abu Hassan Man; pengusaha nanas paling berjaya di negeri Kedah ::.
Klik di sini untuk melihat paparan kejayaan beliauLink

.:: Sesi soal jawab dengan pegawai jabatan pertanian negeri ::.

Read more...

Tuaian Sulung Nanas Moris

Read more...

Menyembur Hormon Aruhan Pembungaan Pada Pokok Nanas Moris

>> Sunday, March 6, 2011


Mengharungi hari-hari yang memenatkan di kebun nanas. 10 000 pokok nanas peringkat pertama sedang disembur hormon aruhan pembungaan untuk tuaian bulan Julai. Aruhan pembungaan peringkat kedua dan ketiga pula bakal menyusul. Sesiapa yang berminat untuk memborong dan membeli buah nanas moris (atau benih) boleh hubungi saya. Harga istimewa untuk kawan2...

Read more...

  © Blogger templates Shiny by Ourblogtemplates.com 2008

Back to TOP