Fenomena Takut Dalam Diri

>> Thursday, September 27, 2012

Takut adalah lumrah dalam diri manusia yang dijadikan oleh Allah SWT sebagai satu ransangan atau tindakbalas agar kita dapat menghindari daripada setiap perkara yang boleh membawa kepada kemudaratan.

Perasaan takut dalam diri dapat dikelaskan kepada beberapa perkara. Pertama, takut bersifat tabiat seperti takut kepada binatang buas, takut dijilat api, takut lemas ketika berada di dalam air, takut terjatuh ketika berada di tempat tinggi dan sebagainya. Takut seperti ini adalah fitrah dalam diri kita tetapi tidaklah sampai menjejaskan akidah selagi kita tidak menyandarkan ketakutan dan kemudaratan itu selain daripada Allah.

Takut yang seterusnya adalah takut bersifat ibadah sepertimana kita bersolat, berpuasa dan melakukan segala suruhan dan meninggalkan segala laranganNya kerana takutkan Allah disamping mengharapkan keredhaanNya. Inilah takut yang haqiqi dan inilah juga yang kita kenal sebagai TAQWA.

Rasa takut yang wajib dielak ialah takut yang tersembunyi. Ketakutan ini timbul kerana telah tertanam keyakinan bahawa sesuatu yang ditakutinya itu boleh mendatangkan kemudaratan atau malapetaka bagi dirinya. Contohnya takut kepada ancaman manusia, takut kepada gangguan jin dan syaitan dan lain-lain lagi melebihi takut kepada Sang Pencipta sehinggakan dalam keadaan kita sedar atau pun tidak kita menyandarkan kemudaratan yang dialami kepada perkara-perkara tersebut. Sebagai seorang Islam ketakutan sebegini perlu dielak kerana boleh membawa kepada syirik. Nauzubillah.

Read more...

Minyak Kasturi Hitam Terapi Syifa'

>> Monday, May 7, 2012


Wangian adalah santapan roh dan sebaik-baik wangian adalah minyak kasturi. Ini disabitkan dengan hadith Nabi SAW yang diriwayatkan daripada Imam Muslim yang bermaksud : "Sebaik-baik wangian adalah minyak kasturi". 

Menggunakan minyak kasturi bukan sahaja sebagai wangian kepada pakaian dan tubuh badan tetapi juga sebagai sunnah amalan junjungan kita Nabi Muhammad SAW yang sudah pasti diberi ganjaran pahala. Malah menggunakan minyak kasturi (asbab) juga dapat memberi kesan kesembuhan kepada bermacam jenis gejala dan penyakit. Mengikut sarjana-sarjana dan ahli perubatan Islam minyak kasturi mempunyai beberapa khasiat dan kelebihan seperti berikut :
  • Memberi kekuatan pada roh
  • Menenangkan jiwa
  • Menghindarkan diri daripada angin ahmar
  • Menghilangkan selesema
  • Menyejukkan badan
  • Melembutkan kulit
  • Mencerdaskan akal dan menyihatkan otak
  • Menghilangkan sakit kepala
  • Menghilangkan ketakutan dan kebimbangan
  • Menghilangkan debaran jantung
  • Menghilangkan sesak nafas
  • Melegakan lelah (asma)
  • Menyedarkan orang yang pengsan, kerasukan atau histeria
  • Memperkuatkan organ luaran tubuh
  • Memperkuatkan organ dalaman tubuh
  • Menghilangkan rasa gementar dan gemuruh
  • Menghilangkan sejuk tubuh
  • Membuang angin yang berlebihan dalam badan
  • Melegakan sakit sendi
  • Menawarkan racun atau bisa-bisa binatang
  • Menghilangkan kesakitan sewaktu kencing
  • Menjernihkan kawasan putih pada mata
  • Merawat luka luar dan dalam
  • Mencegah wabak penyakit
  • Melindungi diri daripada gigitan nyamuk dan gangguan lalat
  • Melegakan sengatan serangga
  • Mengsir jin dan gangguan
  • Menyukakan para malaikat dan orang-orang yang soleh
Minyak Kasturi Hitam Terapi Syifa ini dihasil dan dirukyah oleh Ustaz Majid; pengasas Pusat Rawatan Islam Nur Ehsan (Akhrine) dengan ditambah beberapa bacaan rukyah terpilih oleh saya sendiri atas permintaan rakan-rakan dan pelanggan-pelanggan terdahulu.

Menurut testimoni pelanggan-pelanggan saya yang telah menggunakan minyak kasturi ini (dengan izin Allah) minyak ini telah terbukti dapat menghilangkan rasa sakit kepala, memberi ketenangan fikiran, menghilangkan rasa gementar, mengelak daripada ditindih makhluk halus sewaktu tidur, menolak dan membuang unsur gangguan dalam badan dan mencerdaskan minda. Bagi individu yang mempunyai masalah gangguan makhluk halus seperti saka dan sebagainya tindakbalas akan dapat diketahui dalam masa kurang daripada seminit.

Kepada sesiapa yang berminat untuk mendapatkan minyak kasturi hitam yang telah dirukyah dengan bacaan-bacaan terpilih bolehlah emaikan kepada saya di alhazeem02@yahoo.com. Harga yang ditawarkan hanyalah :

 RM 12 sebotol*
*harga tidak termasuk kos penghantaran

Read more...

Menghitung Tasbih Dengan Jari

>> Friday, March 9, 2012

Read more...

Projek Tanaman Terbaru : Pisang Tanduk

>> Friday, February 3, 2012


Puas sudah benih tisu kultur pisang tanduk dicari di sekitar Kedah namun jauh nun di selatan sana pihak Mardi Johor bersedia untuk membekalkan 100 benih kulvitar pisang ini secara ex-lab melalui penghantaran pos. Benih yang akan sampai nanti akan dicelup dengan thiram sebelum dimasukkan di dalam polibeg bercampur tanah, kompos, sabut dan sedikit baja NPK 15: 15: 15.

Bermatlamatkan mencuba sesuatu yang baru lantaran pisang jenis ini amat jarang didapati di kawasan utara khususnya di kawasan Pokok Sena hasilnya nanti boleh dijual di kedai-kedai goreng pisang yang tumbuh melata di kawasan Pokok Sena ini disamping diproses untuk dijadikan kerepek. Andainya usaha tani ini berjaya skala kawasan tanaman akan diperbesarkan lagi di masa-masa hadapan.

Berikut beberapa fakta menarik tentang pisang tanduk :
  1. Pisang tanduk merupakan kulvitar pisang yang paling besar berbanding kulvitar-kulvitar pisang yang lain
  2. Pisang tanduk dikatakan mempunyai daya ketahanan yang tinggi terhadap serangan fussarium dan moco disease iaitu penyakit yang biasa menyerang pokok pisang
  3. Pisang tanduk merupakan satu-satunya pisang yang tidak mempunyai jantung
  4. Tempoh simpanan pisang tanduk lebih lama berbanding pisang-pisang lain
  5. Pisang tanduk dikatakan juga pisang yang paling sesuai untuk dibuat kerepek berbanding pisang nipah dan pisang nangka
  6. Anak pisang tanduk tidak akan membesar jika dibiarkan tumbuh bersama pokok induk. Justeru anak pisang tanduk perlu dikorek dan ditanam di tempat lain
  7. Berat setiap tandan pisang tanduk antara 7 hingga 10 kg dan kadang-kadang boleh mencecah sehingga 15 kg. Terdiri daripada tiga sisir dengan bilangan buah antara 10 hingga 15 biji. Setiap biji pula boleh menjangkau panjang sehingga sekaki.

Read more...

Tanaman Nanas Moris Musim Kedua Fasa Satu

>> Tuesday, January 24, 2012

Setelah tertangguh hampir 2 minggu kerana batas tanaman yang tidak dapat dibuat akibat hujan yang berlarutan hampir saban hari, petang kelmarin sejumlah 8000 sulur nanas fasa pertama berjaya ditanam setelah keringat 5 pekerja bangla dikerah. Walau pun pada awalnya timbul rasa terkilan kerana pihak Jabatan Pertanian tidak dapat membekalkan 40 000 benih sulur seperti yang dipersetujui sebelum ini (bagi projek tanaman nanas secara padat) namun syukur ke hadrat Allah kerana bantuan (tanaman secara konvensional) yang diberikan ini sedikit sebanyak dapat meringankan beban kewangan. Benih sulur untuk fasa yang seterusnya akan diberikan sebulan dua lagi. Berikut adalah beberapa keping gambar yang sempat diambil semasa proses penanaman benih sulur nanas dijalankan. Dengan izin Allah jua diharapkan agar usaha tani ini berjaya dan mendapat hasil seperti yang dicita-citakan.


Batas tanaman yang tersedia namun tekstur tanah sedikit berketul
disebabkan tanah belum cukup kering semasa batas dibuat


Aktiviti pengredan benih sulur bagi memastikan tuaian buah yang seragam


Benih sulur ditanam mengikut batas-batas yang telah ditetapkan

Read more...

Keadaan Terkini Kebun Nanas Setelah Pokok Nanas Yang Lama Ditebas

>> Wednesday, December 7, 2011

Read more...

Peristiwa Di Sebalik 10 Muharam

>> Monday, December 5, 2011

Sekadar hiasan
  • Hari Allah mencipta Nabi Adam
  • Hari Allah memasukkan Nabi Adam ke dalam syurga
  • Hari Allah mendaratkan Nabi Nuh di bukit Judi selepas banjir surut
  • Hari Allah mengeluarkan Nabi Ibrahim daripada unggun api yang besar
  • Hari Allah mengeluarkan Nabi Yunus daripada perut ikan nun
  • Hari Allah menyembuhkan Nabi Ayub daripada penyakitnya yang teruk
  • Hari Allah menyembuhkan Nabi Yaakob daripada sakit mata yang dideritai sekian lama
  • Hari Allah mengeluarkan Nabi Yusuf daripada telaga Jub
  • Hari Nabi Musa berpuasa selama 40 hari dan bermunajat di Bukit Tursina
  • Hari Nabi Musa membelah laut dengan tongkat baginda
  • Hari Firaun LaknatulLah dan pengikutnya tenggelam ke dalam laut
Begitu banyak sekali peristiwa yang berlaku pada 10 Muharam ini. Justeru tidak salah kiranya untuk kita menghayati peristiwa-peristiwa agung ini dengan memperbanyakkan amalan-amalan sunat seperti berpuasa, bersedekah, memberi makan kepada anak yatim, menziarahi orang sakit dan sebagainya. Semoga setiap amalan yang dilakukan mendapat keredhaan dan keberkatan daripada Allah Taala.

Read more...

  © Blogger templates Shiny by Ourblogtemplates.com 2008

Back to TOP